berita

Ali Puteh Gagal Ketepi Kes Saman Terhadap Kakak Ipar

December 28th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelawak, Ali Puteh gagal dalam rayuan berhubung perintah bayaran ganti rugi saman fitnah berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini (Rabu).

Artikel Berkaitan: Hormat Keputusan Mahkamah, Ali Puteh Bakal Buat Rayuan – ‘Kalau Arwah Mak Abam Ada Lagi Tak Akan Jadi Seperti Ini

Artikel Berkaitan: Enggan Bermusuhan Dengan Balu Abam, Ali Puteh Sedia Untuk Bersemuka

Artikel Berkaitan: Berkat Gigih Berniaga, Hidayah Abam Beli Toyota Vellfire

Saman kakak ipar

Menurut laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh telah menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bersama tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman terhadap Norhidayah dan juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Difahamkan, saman tersebut berkaitan temu bual yang disiarkan menerusi akaun YouTube usahawan berkenaan. Bukan itu sahaja, rayuan Siti Nor Hidayah, 30, untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Februari lalu, turut ditolak.

Prosiding hari ini dilaksana secara tertutup menerusi aplikasi Zoom. Anak guam saya, Ali tidak ada bersama, tapi saya sudah maklumkan perkara ini. Setakat ini saya belum menerima apa-apa arahan daripada anak guam untuk buat rayuan. Pihak kita terima keputusan dibuat mahkamah hari ini.

Terdahulu, kes kontroversi antara mereka bermula apabila Nor Hidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh dan keluarganya. Malah, isteri kepada Allahyarham Abam Bocey ini juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×