Keadaan kesihatan penyanyi, Ali XPDC dilaporkan semakin baik kerana dia sudah boleh bernafas seperti biasa tanpa bantuan oksigen. Alhamdulillah!
Artikel Berkaitan: Badan Melecur Disambar Api Ketika Bakar Sampah, Berat Ali XPDC Susut 20kg
Selera makan pun dah okey
Menurut isteri kepada Ali iaitu Sharifah Azuwanna, doktor telah beri ubat yang paling bagus untuk merawat masalah jantung suaminya yang lemah.
Alhamdulillah, doktor beritahu keadaan suami semakin positif. Kadang-kadang saja dia perlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Selera makan pun okay sepanjang dirawat di sini. Doktor dan jururawat juga menjaga suami dengan baik.
Tambah Sharifah, Ali tidak jadi dipindahkan ke Hospital Serdang kerana keadaannya makin stabil.
Suami masih lagi dirawat di hospital di Ipoh kerana doktor beritahu paling lama pun lima hari dia akan ditahan di wad kerana pihak hospital di sini ada ‘link’ (rangkaian) dengan doktor pakar.
Insya-Allah, jika semuanya okay, dia sudah boleh keluar dari wad dan dibenarkan pulang ke rumah esok atau lusa (Isnin).
Terdahulu, penyanyi XPDC Militia ini dimasukkan ke unit kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak, selepas mengalami semput dan kesukaran bernafas.