berita

Alicia Keys Bakal Hangatkan Kuala Lumpur!

September 5th, 2013 | by Ai
Kini Trending

alicia_keys_2399661b

Peminat-peminat Alicia Keys di Malaysia pastinya teruja dengan berita kedatangan penyanyi itu ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert jelajah Set the World on Fire pada 27 November 2013.

Untuk pengetahuan anda, Alicia Keys akan membuat persembahan secara langsung di hadapan ribuan pengunjung selama 90 minit di Stadium Putra Bukit Jalil.

Konsert Set the World on Fire ini merupakan konsert jelajah kelima Alicia Keys sebagai sokongan untuk mempromosikan album kelimanya berjudul Girl On Fire. Malah, kebanyakan lagu yang akan dipersembahkan di konsert itu nanti adalah dari album tersebut.

doc6ajbe5aq3d08lppvk7v

Bagi yang tidak sabar untuk melihat persembahan dan mendengar Alicia Keys menyanyi secara langsung, anda boleh membeli tiket di kaunter TicketPro atau hubungi 03-78807999 bermula pada 12 September 2013.

Dalam masa yang sama, tiket pra-jualan juga boleh didapati pada 11 September 2013 bermula tengah malam di ticketpro.com.my. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari prworldwidelive.com untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, apa kata anda layan dulu MV Girl on Fire persembahan Alicia Keys di bawah ini terlebih dahulu. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×