berita

Alif Satar Dedah Nama The Locos Tercetus Lepas Tengok Kartun – ‘Kami Suka Lagu Un Poco Loco’

September 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Alif Satar & The Locos

Penyanyi, Alif Satar berkongsi mengenai idea asal dan bagaimana tercetusnya nama kumpulan yang diwakilinya ketika ini iaitu The Locos.

Artikel Berkaitan: #AJL37: Tiada Penggunaan Props Besar, Alif Satar & The Locos Pertaruh Nyanyian & Muzik Sahaja

Tengok kartun ‘Coco’

Alif Satar & The Locos

Ketika ditemui OhBulan!, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Bin Satar, 33, berkata nama The Locos itu mula tercetus selepas mereka menonton filem animasi terkenal dunia yang berjudul ‘Coco’.

The Locos ini terdiri daripada beberapa orang ahli muzik yang ‘gila’. Pada waktu mula-mula kami nak tubuhkan nama band sebenarnya kami sedang menonton sebuah filem animasi berjudul ‘Coco’.

Dan dalam filem tersebut, terdapat sebuah lagu yang sangat menarik minat kami iaitu lagu bertajuk ‘Un Poco Loco’.

Melalui lagu ‘Un Poco Loco’ tersebut maka kami semua bersepakat untuk menggunakan The Locos yang bermaksud ‘gila’.

Alif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran album Alif Satar & The Locos yang diadakan di Port Klang Cruise Terminal pada petang Khamis.

Peralihan dari solo ke band

Alif Satar & The Locos

Sementara itu, bapa kepada tiga orang anak ini menyifatkan pelancaran album Alif Satar & The Locos ini seperti perjalanan hidup seekor ulat beluncas yang membesar sehingga menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Selepas hampir 17 tahun bergerak secara solo, album yang kami hasilkan ini saya dapat rasakan ia bagaikan satu landmark dan juga kematangan buat perjalanan seni saya dan The Locos yang merupakan hadir dari pelbagai latar belakang.

Album ini juga boleh diibaratkan seperti seekor ulat beluncas yang dengan perlahan-perlahannya menjadi seekor rama-rama yang begitu cantik sebabnya ia proses perjalanan seni saya yang bermula sebagai penyanyi solo dan kini mempunyai band yang terdiri daripada lima orang.

Bukan itu sahaja, melalui album ini juga ia memberikan ruang kepada kami berlima untuk ‘melepaskan’ segalanya.

SKIP THIS AD ×