Gerakan solat subuh yang diwujudkan penyanyi dan pelakon, Alif Satar mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai. Namun begitu, terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan niat murni selebriti itu.
Artikel Berkaitan: Alif Satar Terharu Program Dianjurkan Dapat Sambutan, Siap Joging Bersama 3,000 Jemaah Selepas Solat Subuh
Artikel Berkaitan: Anak Muda Seronok Sahut Seruan Alif Satar #GengSubuhMacamJumaat, Keluar Rumah Seawal 4 Pagi & Pasang Lagu Nasyid Dalam Kereta
Tak nak fikir negatif
Meskipun ada suara-suara mendakwa kempen yang digerakkan Alif sejak November lalu itu mendapat sambutan hanya disebabkan dirinya berstatus selebriti. Pelantun suara ‘Jangan Nakal’ ini berkata dia enggan memikirkan persepsi negatif segelintir pihak terhadap apa yang dilakukan olehnya.
Saya tidak peduli langsung sebab tahu apa yang dibuat ini, iaitu ajak ramai-ramai (solat secara berjemaah di masjid). Dua tiga orang ini saya tak kisah.
Saya fikir apabila buat gerakan sebegitu, ramai yang ikut. Tidak ada kena mengena dengan kepentingan diri. Apa yang saya buat memang kerana Allah SWT.
Alif berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan khas filem ‘Anak Perjanjian Syaitan 2’ di TGV Encorp Strand Mall, semalam.
Di samping itu, Alif menyarankan umat Islam untuk mendirikan solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran kawasan masing-masing.
Jom ajak semua orang di sekeliling kita untuk bangun solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran masing-masing.
Insya-Allah, saya boleh sertai di mana-mana masjid nanti.
Terdahulu, ada pihak melayangkan komen negatif dan menganggap mereka yang menyertai kempen #GengSubuhMacamJumaat sekadar mahu bertemu selebriti.
Namun, ramai yang mempertahankan Alif kerana beranggapan kempen itu sebagai motivasi agar umat Islam menunaikan solat berjemaah di masjid.