Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal selepas lagu raya nyanyiannya berkemungkinan tak dapat dikeluarkan pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: Bakal Lancar Lagu Raya Baharu, Bonda Rozita ‘Nasihat’ Aliff Syukri – ‘Kri Jangan Macam-Macam Hal, Umur Masuk 40 Dah’
Komposer buat hal?
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Aliff mendakwa komposer yang membantunya untuk melancarkan lagu raya tersebut telah memberikan lirik lagu berkenaan kepada penyanyi lain.
Maaf kan saya, komposer saya buat t*ik. Curi lirik lagu saya dan berikan kepada artis lain.
Maaf semua sebab kecewakan korang, saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ini.
Dalam pada itu, usahawan berusia 36 tahun tersebut turut meluahkan rasa kecewanya terhadap industri muzik Malaysia kerana tidak pernah menghargai bakat nyanyiannya.
Susulan itu, Aliff mendedahkan dia mahu membawa diri dan mengembangkan lagi bakat nyanyiannya ke luar negara.
Saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya.
Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya ke luar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.
Di akhir hantarannya itu, bapa kepada lima orang ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana bakal kemurungan tanpa mendengarkan lagu raya dendangannya pada tahun ini.
Posting Aliff Syukri
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Aliff Syukri