berita

‘Allah Lebih Sayangkan Dia..’

August 28th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pada 13 Julai 2019, satu tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki dihempap peti sejuk mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mampu berdiri dan bertutur kesan daripada kecederaan di bahagian kepala.

Sumber Berkaitan : ‘Berat Badan Semakin Naik’ – Ayah Luah Rasa Syukur Anak Dihempap Peti Ais Kembali Sihat

Terbaru, menerusi Facebook bapa kepada adik Fawwaz iaitu Mohd Bukhari, dia mengesahkan anaknya sudah pergi buat selama-lamanya pada jam lebih kurang 4.30 petang tadi.

Kekejangan otot malam tadi

Sebelum ini, Mohd Bukhari memaklumkan tahap kesihatan anaknya Muhammad Fawwaz semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Malah pergerakan kaki dan tangan anaknya itu semakin aktif.

Semalam, sekali lagi bapa kepada adik Fawwaz sempat memuat naik status memaklumkan anaknya dalam keadaan tenang selepas menerima rawatan akibat kekejangan otot

Adik Fawwaz meninggal dunia

Selepas 14 bulan terlantar sakit akibat tragedi dihempap peti sejuk, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari yang berusia 6 tahun disahkan meninggal dunia jam 4.30 petang tadi. Berita sedih itu turut dikongsi di Facebook Mohd Bukhari.

Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi Allah lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri.

Menerusi Sinar Harian, jenazah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan dan dijangka dikebumikan jam 8 pagi esok.

Sumber : Sinar Harian, Mohd Bukhari

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×