berita

‘Allah Pinjamkan Baby D Sekejap Je..’ – Bayi Pramatang Abby Abadi Dijemput Ilahi

December 8th, 2019 | by faris
Kini Trending

27 September lalu, Abby Abadi selamat melahirkan anak yang sekian lama dinanti setelah melalui pelbagai ujian sepanjang tempoh kehamilan. Bayi pramatang berkenaan dilahirkan di Hospital Sungai Buloh dengan berat hanya 535 gram dalam keadaan sihat.

Abby menerusi Instagramnya bagaimanapun pada awal pagi Ahad mengumumkan satu berita sedih berkenaan anak bongsunya itu yang dinamakan Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal.

Baby D sudah tiada

https://www.instagram.com/p/B5x3Tqij4aK/

Abby mengumumkan pemergian anaknya itu yang pergi ketika mereka sekeluarga sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Usahawan ini memuatnaik satu video yang sempat dirakam sebelum keberangkatan mereka ke Mekkah pada 6 Disember lalu.

Abby turut memohon maaf kepada zuriatnya itu dan menyatakan urusan pengkebumian diuruskan oleh ahli keluarganya selepas Subuh hari ini.

Abah sayang Baby D dunia akhirat

Sementara itu, suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria turut berkongsi kesedihan atas pemergian zuriatnya dengan Abby itu.

Hari ke-2 Abah & Mama di Mekah, Baby D pergi meninggalkan kami. Allah pinjamkan Baby D sekejap je. Abah & Mama redha setiap apa yang telah Allah tentukan

Sedih sangat-sangat sebab abah tak dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir, Abah tak dapat nak uruskan Baby D. Maafkan Abah sayang sebab tak dapat uruskan Baby untuk kali terakhir.

Ya Allah Kau yang lebih mengetahui dari segala-galanya, segala perancangan Mu adalah yang terbaik. Abah doakan Moga Allah temukan kita di Syurga nanti. Abah sayang Baby D dunia akhirat.

Sumber: Abby Abadi, Jai Ezzany

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×