Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pengarah Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon veteran Fauziah Nawi. Jenazah Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif ditemui setelah dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang pada Sabtu.
Anak arwah, Dhia meluahkan kesedihannya apabila kehilangan insan yang amat disayanginya itu menerusi Twitter semalam.
Ayah nanti tolong Dhia
Pitt meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan 3 anak termasuk Dhia yang berusia antara 7 hingga 16 tahun. Dhia dalam status di laman sosial itu meluahkan rasa sedih apabila jenazah ayahnya itu akhirnya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat setelah 2 hari bertungkus-lumus.
Dhia meminta ‘pertolongan’ daripada ayahnya itu kerana anak sulung arwah itu mengakui tidak berdaya untuk hidup tanpa kehadiran tulang belakangnya berkenaan.
Janji jaga keluarga
Dhia juga berjanji untuk menjaga keluarganya dan menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung. Ujarnya lagi dia akan sentiasa update mengenai pasukan bola sepak kegemaran ayahnya, Liverpool yang popular dengan tagline ‘You’ll never walk alone’.
Mimpi ayah ketika pencarian
Sebelum jenazah ditemukan, anak sulungnya itu ada bermimpi bertemu Pitt dan menyatakan pengarah itu okay dan berpesan supaya si anak supaya terus kuat.
Jenazah arwah dibawa ke rumah ibunya di Taman Melati, Setapak, sebaik tiba dari Hospital Kuala Lipis, Pahang, kira-kira jam 12.30 tengah malam. Jenazah kemudiannya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Keramat, Kuala Lumpur kira-kira jam 2 pagi tadi.
Sumber: Dhia, Berita Harian