Pelakon berpengalaman, Kazar Saisi memberi nasihat buat para pengikutnya di media sosial tentang keredaan hati menerima dugaan yang diberikan oleh Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Kongsi Foto Laksa, Mi Kari & Laicikang, Bergenang Air Mata Curi Perhatian?
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dihujani Kata-Kata Semangat Daripada Netizen – ‘Satu Malaysia Kecam Dia, Dia Diam Sahaja’
Titip pesan
Kazar atau nama lengkapnya Kazaruddin Saisi memuat naik kata-kata nasihat itu menerusi hantaran di Instagram Story.
Menurut Kazar, ujian itu adalah aturan Allah SWT dan sebagai hambaNya, manusia tidak boleh mengeluh atau terlalu bersedih.
Kepada semua sahabat dan teman.
Ingat selalu, apa pun situasi yang anda hadapi ketika ini, ianya adalah pilihan Allah untuk kita.
Jangan bersedih, jangan merungut.
Dalam masa yang sama, aktor berusia 68 tahun itu percaya bahawa semua perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Justeru, mereka yang diuji perlulah berserah kepada Allah SWT dan mengucapkan rasa syukur walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Allah tahu yang terbaik dan dia akan berikan yang terbaik, walaupun mengambil masa.
Bersyukurlah untuk kesemuanya. Ucaplah Alhamdulillah.
Sebelum ini, nama Kazar turut terpalit dengan isu pergolakkan rumah tangga anaknya Ira, yang didakwa sedang berada diambang perceraian bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa aktor itu sudah memfailkan perceraian.
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perceraian pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Sumber: IG Kazar Saisi