berita

Perkahwinan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Fakta Menarik Buat Pelancong

October 16th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

ira kazar syamsul masjid thailand

Selepas tular berita perkahwinan pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar di Thailand, lokasi ijab kabul yang diadakan Masjid Besar Wilayah Songkhla kini menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Gembira Dengan Kehidupan Sendiri’ – Ira Kazar Kongsi Video, Syamsul Nombor Satu Dalam Hati

Nikah di situ memang diiktiraf

masjid songkla

Memetik laporan Harian Metro, seorang pemandu pelancong dari syarikat Ummu Travel yang ingin dikenali sebagai Saiful, 40, berkata fakta tentang majlis itu turut dikongsikan kepada pelancong yang pertama kali melancong ke sana.

Masjid itu memang sudah terkenal dalam kalangan orang kita untuk bernikah. Apatah lagi di tingkat dua terletaknya pejabat agama mereka.

Kiranya, kalau nikah di situ memang diiktiraf pun dan selepas itu mereka perlu serahkan borang di Kedutaan Malaysia. Memang mudah saja urusannya. Namun, ia bertambah popular selepas tersebarnya berita perkahwinan Syamsul.

Sebelum tiba di kawasan Pantai Samila, Songkhla akan melalui masjid ini. Satu fakta menarik yang akan dikongsikan kepada pelancong adalah perkahwinan pasangan terbabit.

Dalam masa sama, ada juga yang dah tahu. Kadang, ada yang dah bertanya lebih awal sama ada akan singgah di masjid itu atau tidak.

Selain menjadi pemandu pelancong, Saiful berkata dia juga sering menjadi rujukan warga tempatan yang ingin melangsungkan perkahwinan di wilayah itu.

Kita tak ada pakej ini, tapi macam saya secara peribadi ada saja yang bertanya macam mana kalau nak pergi kahwin di sana. Saya okay saja untuk kongsikan caranya. Selebihnya mereka kena buat sendiri. Sebab tak susah pun.

Pada 5 Januari lalu, Syamsul mengaku sudah berkahwin Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand.

Selepas lima bulan, kemelut rumah tangga Syamsul dengan bekas isteri pertama, Puteri Sarah Liyana akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×