berita

‘Allah Uji Kesetiaan & Kesabaran Isteri Aku’ – Tanggung Sakit Sejak 10 Tahun Lalu, Lelaki Ini Rayu Bantuan

February 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setiap orang mempunyai dugaan yang berbeza-beza dalam menempuhi kehidupannya. Begitulah juga nasib yang ditimpa seorang individu ini apabila dia menderita dengan pelbagai penyakit sejak 10 tahun lalu sehingga membuatkan kehidupannya berubah sepenuhnya.

Bahkan apa yang lebih menyedihkan, penyakit yang ditanggungnya itu turut memberi kesan kepada kerjaya serta alam rumah tangganya ketika ini. Sedihnya!

Dugaan sakit sejak 2010

18 Oktober aku dibuang kerja sebab tipu MC 4 hari. Aku dah berkhidmat 5 tahun dengan company. Aku tak tahu sejauh mana dugaan aku sekarang ni lepas kena buang kerja. Aku jual semua barang dalam rumah nak survive. Sebab aku tahu akan datang satu tempoh yang aku sendiri tak boleh dah makan gaji dan tak sangka hari tu datang.

Dan 10 tahun aku menderita sakit yang aku anggap ia cuma sakit remeh, dari 2010. Tahun aku belajar di Giat Mara first time sakit ni datang aku ingat sebab aku terlalu banyak berjalan. Jadi kaki aku ada stress nerve tak boleh jalan sebelah. Selang 2 hari sakit aku dah relief. Dalam tempoh 6 bulan seterusnya sakit ni datang lagi. Aku macam biasa anggap ia cuma stress muscle atau nerve.

Bila masuk tahun 2013, zaman kolej sakit ni datang setiap 2 bulan. Mungkin aktiviti aku zaman tu buat aku cepat kena serang sakit. Kerja aku pula masa tu sebagai waiter banquet di hotel jadi banyak berjalan. Kadang-kadang merangkak  pergi bilik air nak mandi nak buang air kecil dan air besar. Bisa dia lain macam.

Bila aku dah start kerja 2015 di Singapura sakit tu lagi cepat serang. Aku andaikan kerja jalan kaki jauh-jauh dari Johor Bahru ke Singapura tu buat aku punya nerve cepat kena serang stress. Jadi bila makin kerap aku kena cari ubat yang boleh tahan sakit aku. Kadang-kadang tengah sakit aku bantai juga pergi kerja sebab sayang kerja aku ni.

Sakit makin teruk bila kahwin

Bila aku dah kahwin sakit ni lagi menggila. Setiap kali bersama dengan wife aku esok confirm kena serang. Makin mengarut sakit tu dah tak attack dekat kaki aku je, lutut, tulang belakang dengan sisi tulang belikat aku. Sebab tu juga faktor kenapa aku kurang nafsu syahwat dan sebab itu lah aku tak macam lelaki normal yang seperti kucing nampak ikan. Orang sampai gelar aku gay.

Bila keadaan makin parah aku terpaksa beli ubat yang entah apa-apa untuk relief sakit aku. Rupa-rupanya ubat-ubat tu untuk tahan sakit bukan penyembuh. Aku dah banyak kali jumpa doktor. Dah 4 kali lutut aku bengkak macam belon. Doktor cuma dapat detect dalam darah aku ada kuman. Bagi antibiotik, 2 atau 3 hari lutut aku dah ok.

Tapi dua tiga minggu datang lagi sakit ni. Makin makan tahun makin kerap. Aku sampai bertegang urat dengan supervisor aku, dengan doktor. Kalau dah 4 hari tak boleh jalan, doktor tak nak bagi aku MC panjang, supervisor pula tiada MC maknanya aku tak sakit.

Aku buntu, aku sakit ni macam doktor lepas pandang je. Aku nak tahu apa punca sakit aku ni. Dah 10 tahun menderita macam ni takkan tak boleh detect sakit apa. Last, genap tahun baru aku tumpang rumah abang ipar aku. Ngam-ngam sakit ni datang sebulan tak baik-baik. Sebelum ni makan ubat sehari dua dah baik tapi tahun 2020 ni sebulan aku terlantar. Semua tempat yang aku pernah sakit sekali arung dia sakit. Dari kaki sampai tulang belakang. Telan macam-macam ubat pun tak jalan.

Alami ujian rumah tangga

Aku faham tak semua orang akan faham sakit aku. Aku faham sampai bila orang boleh tanggung aku guna duit dia. Dia pun ada masalah dia sendiri. Biasalah ujian rumah tangga. Kesetiaan suami diuji ketika dia senang dan kesetiaan isteri diuji ketika suami dia susah. Dengan keadaan aku sekarang, aku terpaksa hantar anak bini aku balik Melaka rumah bapa mentua aku.

Dari dia mengeluh tiap-tiap hari bela aku, baik aku merelakan keadaan itu. Dia pun tengah mengandung aku tak nak ganggu emosi dia. Kalau dia nak jaja kekurangan aku pada family dia or kenalan dia aku abaikan je. Sebab aku tahu dalam keadaan aku macam ni siapa yang boleh tahan nak jaga. Kalau dia nak failkan di mahkamah pun aku redha. Aku sanggup sebab aku tak mampu dah. Aku terpaksa duduk rumah mak cik aku yang pernah bela aku dari kecil.

Aku pergi hospital marah doktor. Kali ini aku menangis sambil jelaskan dia keadaan sakit aku dan peribadi aku. Dah berhari-hari aku turun naik hospital. Akhirnya doktor dapat detect aku ada penyakit TB Spine. Sejenis penyakit tulang belakang, virus yang sama dengan batuk TB batuk kering. Pergi x-ray, lutut aku ligamen dan span di tulang sudah tiada, kena makan dengan kuman. Sekarang paling menderita di tulang belakang dan tulang punggung, tempat baru sakit aku kena serang.

Tulang punggung ni memang dah seminggu sakit, tiada kaitan dengan nerve. Semalam lagi teruk testis aku berdenyut laju. Bila aku selak penis aku dah tak ada. Urat tarik sampai masuk ke dalam. Bila aku cuba berdiri mata aku sebelah kanan dah blank, buta sekejap dalam 20 minit.

Sukar jalani hidup

Aku tak tahu mcm mana nak jalani kehidupan aku. Aku kasihan dekat anak aku, dia kena tanggung hidup dia dalam keadaan aku yang sakit datang tiba-tiba melarat sampai bangun pun susah. Segala duit simpanan dah tak ada. Seringgit pun dalam dompet dah tak ada.

Sampai Allah uji kesetiaan dan kesabaran isteri aku. Aku tak salahkan dia sebab Allah sedang uji aku dan dia. Mungkin dulu aku terlaku ikutkan segala kemahuan dia sampai aku lupa jika suatu hari aku tak mampu penuhinya, keraguaan dan kebolehan aku akan dipertikai dan diomokan pada orang sekeliling dia.

Aku nak baik, nak kerja. Aku nak balik hidup aku yang dulu. Kalau boleh aku nak anak bini aku duduk balik dengan aku di rumah aku sediakan. Tapi aku tak tahu apa jadi akan datang. Maybe dengan sakit dan dugaan datang bertimpa-timpa ni tak mustahil surat fasakh smpai.

Aku redha, aku dah tak kuat nak lawan macam dulu pertahankan. Dalam keadaan aku emosi aku makin terganggu.
Emosi aku cepat sangat mengalirkan air mata, sakit dan mengenang keadaan aku sekarang. Kini berat aku dah 25kg drop teruk dalam masa sebulan.

Siapa dapat bantu aku boleh bank in di no akaun 7044070323 (CIMB), Nur Muhammad Raihan. Aku nak minta bantuan JKM or baitulmal pun tak boleh sebab sakit aku tak iktiraf mana-mana hospital lagi.

Sumber: Facebook Putera Nur Muhammad Raihan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×