Penyanyi Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya iaitu Alif Johan menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu tadi. Nora menerusi akaun Instagramnya berkongsi berita sedih itu dan memohon agar semua pengikut serta peminat mendoakan urusan pengebumian Alif Johan dipermudahkan.
Saya diuji Allah sekali lagi
https://www.instagram.com/p/B6Cto_RnBUB/
Buat kepada yang tidak tahu, Alif Johan merupakan salah seorang peserta yang tersenarai antara 20 bakal protege program realiti Mentor Milenia 2019. Anak kedua kepada penyanyi terkenal itu meninggal dunia di usia 20 tahun.
Sebelum ini, Nora Ariffin telah kehilangan suaminya iaitu Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer terkenal pada 24 Mc 2017.
Allah uji saya lagi, anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin.
Persembahan Alif Johan di Mentor Milenia
Alif Johan menyertai program Mentor Milenia 2019 dan layak ke minggu ke-2. Persembahan dan teknik nyanyian lagu Kemarin dari anak kepada Nora Ariffin ini turut mendapat pujian ramai peminat. Ramai yang menyifatkan style dan nyanyian Alif Johan ini mempunyai iras ibunya.
Sumber: Nora Ariffin