Proses tuntutan hadanah melibatkan hak penjagaan anak-anak pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada dilihat masih panjang dan belum menemui jalan penyelasaian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Anak-Anak’- Shuhada Tampil Dengan Wajah Ceria, Sandang Beg Berjenama Ke Mahkamah
Ditangguh pada 12 September
Menurut peguam syarie yang mewakili Hafidz, Puteri Ummi Kartini Abdul Latif, tarikh sebutan semula bagi proses hadanah anak guamnya akan ditunda kepada 12 September akan datang.
Keputusan itu dibuat pihak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas tiada kata sepakat yang dapat dicapai kedua-dua belah pihak.
Tadi prosiding sulh dah berjalan dengan kehadiran kedua-dua pihak (Hafidz dan Shuhada).
Apa yang boleh dikatakan ialah tarikh ditetapkan untuk sebutan semula untuk proses sebutan di dalam mahkamah ialah pada 12 September kerana tiada ada penyelesaian dan persetujuan dicapai sebentar tadi.
Menurut Puteri Ummi antara perkara yang tidak dapat mencapai persetujuan sewaktu proses sebutan di hadapan pegawai sulh adalah berkaitan dengan perjumpaan bersama anak-anak.
Itu untuk proses perjumpaan anak-anak, sebab ini pun kes berkaitan hadanah (anak-anak). Jadi, Hafidz telah maklumkan apa tuntutan dia, dan pihak Shuhada juga ada tuntutan balas.
Perbincangan yang berlaki di hadapan pegawai sulh tetapi tidak dapat mencapai persetujuan jadi kita akan teruskan (proses tuntutan) di dalam mahkamah.
Allah yang satu
@ohbulanofficial No komen… hmmmm ? #ohbulan #sembangentertainment #hafidzroshdi #tuntutan #hadanah #nocomment #fyp ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, Hafidz terus mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dari memberikan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai keadaan terkini dirinya, Hafidz mendedahkan dia menyerahkan segalanya kepada Ilahi.
Segala puji bagi Allah. Allah yang satu.
Terdahulu, perkahwinan yang dibina Hafidz dan Shuhada dikatakan retak selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan.