Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kira-kira jam 3.20 petang Isnin bagi proses tuntutan hadanah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurul Shuhada Dah Ada Nama Untuk Anak Yang Gugur -‘Uwais, Tunggu Ibu Di Syurga’
Artikel Berkaitan: ‘Carikan Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya’ – Isteri Hafidz Roshdi
Nak anak-anak Shu
Nurul Shuhada yang mengenakan baju berona biru cair tiba di mahkamah dengan ditemani peguamnya tampil ceria dan berharap semuanya berjalan lancar.
Bagaimanapun, Hafidz yang tiba lebih awal tidak memberikan sebarang apa-apa kenyataan ketika ditemui OhBulan!.
@ohbulanofficial Shu nampak happy je ? #ohbulan #sembangentertainment #shuhadashukri #tampil #ceria #di #mahkamah #proses #hadanah ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada 9 Jun yang lalu.