berita

Allen Stone Kecewa, Alatan Muzik Yuna Dirompak Di Amerika Syarikat

October 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

“Peralatan muzik boleh dicuri. Tapi pengalaman tidak.”

Itulah yang diungkapkan oleh Yuna selepas van yang mereka naiki untuk konsert jelajah bersama penyanyi Allen Stone, dirompak. Kejadian yang berlaku sekitar 6 jam lepas itu telah mengakibatkan pemuzik-pemuzik Yuna kehilangan semua alatan muzik mereka termasuklah baju-baju yang dibawa Yuna sekali.

Allen Stone turut menyuarakan rasa kecewanya terhadap perkara yang berlaku melalui akaun Twitter-nya.

Yuna dalam perbualan bersama ibunya juga sempat bergurau namun melalui reaksinya, Yuna masih dapat mengawal keadaan. Tidak dapat dipastikan jumlah kerugian, harapnya Yuna dapat terus berusaha sedaya upaya untuk maju dinegeri orang.

SKIP THIS AD ×