berita

Almy Nadia Disangka Akan Bersalin Anak Kembar

November 27th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-11-27 at 00.59.53

Wah, terkejut juga kami bila melihat gambar dan membaca komen-komen di Instagram Almy Nadia beberapa hari lepas yang mana kebanyakan peminat Almy tertanya-tanya sama ada isteri kepada Fizz Fairuz ini hamil anak kembar.

Kalau tak silap kami, Almy dan Fizz dah pernah mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan sekitar bulan lepas. Tapi adakah sebenarnya kembar perempuan?

Screen Shot 2014-11-26 at 23.45.33

Bukan apa, peminat menyangka begitu kerana terpandang foto terbaru Almy yang semakin sarat macam dah hampir menunggu hari untuk bersalin.

Screen Shot 2014-11-26 at 23.46.29

Memang tak dapat dinafikan Almy kelihatan lebih berisi dari sebelum ini, tapi semua tu langsung tak menghalang Almy dari kelihatan berseri-seri dan cantik. Inilah nama dia aura ibu mengandung, kan?

Makanya, Almy tak perlu risau lagi atau terasa kalau-kalau ada orang yang mengata dia berbadan besar. Normallah bentuk badan kita mengembang bila berbadan dua.

Apapun, kami doakan semoga Almy dapat melahirkan bayi sulungnya dengan selamat kelak. Mesti anak angkat Almy, Nur Afrina Darwisya tak sabar menanti kelahiran adiknya.

SKIP THIS AD ×