berita

Almy Nadia & Fizz Fairuz Bakal Disatukan Sabtu Ini Di Pulau Pinang

April 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fizz-Fairuz-Almy-Nadia-1

Mereka yang benar-benar mengambil tahu tentang perkembangan industri hiburan tempatan pastinya cukup mengerti dengan hubungan pasangan selebriti Almy Nadia dan Fizz Fairuz.

Bukan sehari dua pasangan ini bercinta, malah bertahun-tahun namun hubungan mereka sering berdepan masalah hingga memaksa kedua-duanya memutuskan hubungan setelah Fizz bertunang dengan seorang wanita.

Namun, nampaknya jodoh Almy dan Fizz masih kuat apabila mereka kemudiannya menyambung semula percintaan dan kini sedang meniti hari untuk disatukan sebagai suami isteri.

Screen Shot 2014-04-22 at 11.41.58

Menurut laporan dari Utusan Online, pasangan kekasih ini bakal dinikahkan pada 26 April 2014 di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang selepas solat Asar.

Sementara itu, Almy turut memberitahu segala persiapan sudah dilakukan sejak dari awal lagi dan buat masa ini dirinya masih belum dilanda sebarang perasaan sama ada gemuruh atau teruja.

Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya.

Dalam kesibukannya menjalani penggambaran dan mempersiapkan diri menjadi seorang isteri, Almy turut diraikan oleh rakan-rakannya dalam sebuah majlis Bachelorette Party. Jom tengok gambar-gambar di bawah ini.

Kredit foto: Instagram Almy Nadia

SKIP THIS AD ×