berita

Almy Nadia Tersangkut Dalam Konflik Rumahtangga Eira Syazira & Norman Hakim

April 1st, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Janji Jaslina (1) Apa agaknya perasaan anda jika suami yang tercinta masih menjalin hubungan bersama bekas kekasihnya? Sudah tentu perasaan marah, kecewa dan sedih akan terus menghimpit jiwa.

Ditambah pula dengan bebanan kewangan yang kian meruncing, hanya wanita yang benar-benar tabah mampu mengharungi kepahitan tersebut.

Itulah yang perlu ditempuhi oleh Eira Syazira apabila Almy Nadia berterusan menganggu rumahtangganya sehingga menyebabkan salah seorang cahaya matanya meninggal dunia. Janji Jaslina (7)

Eira Syazira bawa watak Jaslina dalam drama ‘Janji Jaslina’

Tapi, jangan panik ya semua! Almy bukanlah perampas seperti yang didakwa. Malah, Eira dan Norman masih lagi bahagia melayari bahtera rumahtangga masing-masing.

Cerita tersebut hanyalah sedikit ringkasan sinopsis daripada drama berjudul ‘Janji Jaslina’ arahan pengarah berbakat besar, Emi Suffian.

Janji Jaslina (10)Norman Hakim dan Eira Syazira menjadi teraju utama dalam drama ‘Janji Jaslina’

Drama ini menampilkan barisan pelakon handalan tanah air seperti Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Ana Dahlia (Atira) dan ramai lagi.

Skrip drama bersiri 20 episod terbitan Orangetree Production telah dihasilkan oleh Azmy Mohd Arif ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan 2 orang anak, Nina dan Iman.

Bagaimanapun, Johan telah memarahi Jaslina apabila dia bertindak untuk berhenti kerja demi menjaga Nina yang disahkan mengidap penyakit asma pada umur 10 tahun.Namun, tanpa pengetahuan Jaslina, Johan juga masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rahayu.

Janji Jaslina (6)Antara babak dalam drama ‘Janji Jaslina’

Jaslina tidak menyimpan sebarang prasangka terhadap Rahayu kerana gadis itu bijak berpura-pura rapat dengan anaknya.

Namun, suatu hari Rahayu dengan sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma dan telah menyebabkan Nina gagal mendapat rawatan segera dan meninggal dunia.

Apa agaknya kesudahan drama penuh emosi ini ya? Sama-sama kita nantikan kemunculannya di kaca televisyen anda bermula pada 4.00 petang setiap Isnin hingga Khamis di slot Azalea TV3 ! Sebelum itu, jom kita lihat beberapa foto belakang tabir penggambaran ‘Janji Jaslina’.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×