berita

‘Alpha Sejati Tidak Menggembar-Gemburkan Di TikTok’ – Nazrudin Rahman

January 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Gara-gara suami kepada aktres Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan kononnya lelaki paling ‘alpha’ kerana tidak meletakkan kesungguhan untuk mengurat isterinya, topik itu terus hangat di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jadi Lelaki Alfa, Perempuan Akan Tertarik’ – Jawapan Suami Fatin Afeefa Cetus Rasa ‘Sesuatu’ Di Kalangan Netizen

Lelaki sejati punya kawalan

Pengakuan itu menarik perhatian pengacara, Nazrudin Rahman untuk mengulas tentang ‘alpha feelings’.

Menerusi ciapan di Twitter, Nazrudin menekankan alpha sejati tidak pernah menghebahkan kepada umum di TikTok.

Kepada ‘wannabe alphas’, alpha sejati tidak menggembar-gemburkan di TikTok mengenai tahap alpha mereka.

Lelaki sejati memahami rasa ketakutan, bukan lari atau mengelak daripadanya. Lelaki sejati punya kawalan, tetapi pada masa sama mengakui sekiranya timbul rasa tidak selamat.

Dalam pada itu, selebriti TV berumur 44 tahun memohon agar tidak keliru antara menjadi lelaki alpha dengan kurang ajar.

Sebelum ini, Aliff memberitahu dia tidak meletakkan kesungguhan untuk mengurat ibu kepada dua anak itu.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×