Foto: Harian Metro
Penyanyi rap, Altimet telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya sekaligus menjadi selebriti kedua bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Dira Abu Zahar.
Artikel Berkaitan: PRN: ‘Awal Tak Kalut..’ – Altimet Selesai Mengundi
Solat subuh berjemaah
Menerusi ciapan yang dibuat, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata tugasan untuk berkhidmat kepada rakyat bermula hari ini.
Kata Syed Ahmad, 44, dia meraikan kemenangan dengan menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang.
Mula kerja hari ini, jam 6 pagi di Masjid Taman Kosas.
Dalam pada itu, Syed Ahmad menyatakan dia akan mengadakan mawlid bulanan di surau flat Sri Indah pada 17 Ogos ini.
Mawlid bulanan di surau flat Sri Indah, Khamis malam Jumaat ini (17 Ogos). Jumpa di sana.
Di ruangan komen, rata-rata rakan politik dan peminat mengucapkan tahniah kepada pelantun lagu Amboi.
Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN), Syed Ahmad menawan kerusi itu dengan memperoleh undian 26,298 menewaskan lawannya Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang hanya memperoleh undi 19,620.
Sumber: X