berita

Alvin Chong, Michael Ang Berang Ustaz Abu Syafiq Nak Hapuskan Tulisan Cina

April 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Ustaz Abu Syafiq dilihat sering kali mengeluarkan kata-kata bersifat kontroversi di media sosial. Sebelum ini dia didakwa memuat naik status bahawa dia kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew yang sering menghulurkan bantuan.

Terbaru, satu video dimana Ustaz Abu Syafiq mencadangkan kepada semua rakyat Malaysia agar menghapuskan tulisan Cina telah dimuat naik menerusi Twitter Khalids. Video yang tidak diketahui tarikh sebenar direkodkan dan dipercayai video lama telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen. Selebriti Alvin Chong dan pengarah terkenal Michael Ang turut tidak terlepas memberi komen terhadap video tersebut.

Hapuskan tulisan Cina?

Menerusi video tersebut, Ustaz Abu Syafiq didakwa ingin menghapuskan tulisan Cina di Malaysia dengan membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan-papan tanda yang mengandungi tulisan tersebut. Menurutnya lagi, tindakan menghapuskan tulisan Cina dikatakan adalah wajar kerana di Malaysia telah mempunyai bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan tulisan serta bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan.

Rela berjiran dengan Rohingya

Sehubungan dengan itu, Michael Ang menyatakan bahawa dia lebih rela hidup berjiran dengan rakyat Rohingya berbanding hidup berjiran dengan seseorang yang suka menimbulkan isu perkauman. Tambahnya lagi, tindakan Ustaz Abu Syafiq telah memalukan nama baik agama Islam.

Tak layak jadi ustaz

Di samping itu, Alvin Tan turut bersependapat dengan Michael Ang bahawa tindakan Ustaz Abu Syafiq akan menjadi punca kepada perpecahan perpaduan rakyat. Selain itu, menggunakan agama sebagai alasan untuk bertindak sedemikian adalah tidak wajar. Dia turut berpendapat bahawa Ustaz Abu Syafiq tidak layak menjadi seorang yang bergelar ustaz.

Sumber: Khalids, Michael Ang, Alvin Chong.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×