Semalam kecoh apabila penyanyi Alyah meninggalkan komen seolah ‘mengamuk’ di ruangan komen Instagram suaminya, Ramli MS. Ramai netizen yang beranggapan komen sedemikian tidak patut dibuat oleh Alyah sebagai isteri.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Buat Bacaan Quran Dekat Rumah, Dia Panas’ – Alyah Mengamuk Di IG Tokram?
Terbaru, Alyah memberi penjelasan kenapa dia berbuat demikian, tempoh hari.
2 hari paling terburuk
Menurut penyanyi Jutaan Purnama ini, sebagai manusia biasa, sudah tentu dia juga menghadapi hari-hari buruk yang perlu dilalui. 2 hari lalu merupakan hari paling buruk buatnya.
Dalam setahun ada 12 bulan jangan kata penyanyi jelah so kita letak semua manusia dlm bumi ni. Tak kira dia cikgu, dia lawyer, dia nelayan, dia apa apalah atau dia netizen sekali pon. Mesti ada hari buruk kita dalam sepanjang 12 bulan tu.
Jadi saya anggarkan 2 hari lepas adalah hari terburuk saya untuk sepanjang tahun ini. Sebelum saya turunkan komen saya di Instagram (si dia) saya dah tahu apa akibatnya. Dan saya sangat pasti dengan apa yang saya buat saya bukan budak-budak yang baru dapat fon.
Dia juga menegaskan tidak berniat mengaibkan sesiapa namun mengatakan kejadian berkenaan mungkin gerak hati dari Allah sebagai peringatan untuknya dan Ramli.
Saya tiada niat utk mengaibkan sesiapa. Dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari. Saya percaya ini juga gerak dari Allah swt bagi mengingatkan saya juga (si dia) dan mungkin kami terleka dgn ego dan sifat sering menyalahkan.
Tak akan lagi jawab selepas ini
Ujar penyanyi yang dicungkil menerusi Bintang RTM ini lagi, selama perkahwinan, hanya dia yang menjawab segala soalan mengenai hubungannya dengan Ramli. Untuk itu, selepas ini, tiada lagi persoalan akan dijawabnya dan menyerahkan kepada umum untuk mentafsirkan.
Selama 8 tahun hanya saya saja yang menjawab segala persoalan dari anda mengenai rumahtangga saya. Dan hari ini saya ingin memberitahu yang saya tidak akan lagi menjawab segala soalan mengenai rumahtangga saya mahu pun mengenai (si dia) terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa.
Saya percaya hanya Allah swt sahaja tahu apa yang ada di dalam ini. Mungkin saya telah mencuit atau menguris hati hati di luar Sana. Saya Alyah dengan serendah diri memohon maaf kerana saya telah membuatkan kamu kecewa. Namun jauh di sudut hati saya tidak bermaksud sedemikian.
Sumber: Alyah