berita

Amalan Penjagaan Kulit Wajah Wan Nor Azlin Sepanjang Bulan Ramadhan

July 23rd, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, semestinya ramai individu yang mengambil peluang untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang agar tubuh badan kekal langsing dan cantik apabila menjelang bulan Syawal nanti. Wan Nor Azlin, 40 merupakan seorang selebriti yang turut menjaga diet pemakananya sepanjang bulan Ramadhan ini.

Menurut Wan Nor Azlin, beliau mengamalkan pengambilan suplemen yang konsisten bagi mengekalkan kesihatan dan bentuk badan yang ideal. Di mana, beliau telah mengambil suplemen daripada produk Iz Citrus Collagen, yang dikatakan mampu menghasilkan kulit yang sihat serta membantu meningkatkan proses penghadaman.

Berkongsi mengenai panduan pengambilan suplemen ini, Wan Nor Azlin menyatakan bahawa beliau akan mengambilnya selepas berbuka dan ketika bersahur secara konsistan setiap hari. Menurutnya lagi, pengambilan suplemen secara berterusan dikatakan mampu meningkatkan kecerahan dan kelembapan kulit wajah secara berperingkat.

Khasiat Yang Terkandung Di Dalam Produk Iz Citrus Collagen :
  • Orange extract

Secara umumnya, buah oren merupakan sejenis antioksidan yang sangat baik. Kandungan Vitamin C yang terdapat di dalamnya bukan sahaja memberikan manfaat kepada kesihatan, malah ia juga baik untuk kecantikan kulit.

  • Citrus Collagen Lemon extract

Pada dasarnya, buah lemon difahamkan mampu mengurangkan lebihan asid di dalam perut. Selain itu, buah lemon juga kaya dengan Vitamin C dan dikatakan mampu menguatkan sistem imun badan dan bertindak sebagai antioksida untuk melindungi sel-sel badan daripada rosak. Disamping itu, kandungan antioksida yang tinggi dapat membasmi radikal bebas yang selalu menyerang sel hingga menyebabkan pigmentasi pada muka dan kulit wajah. Oleh itu, pengambilan lemon yang tinggi mampu mencerahkan dan memutihkan kulit wajah.

  • Pomegranate extract

Pomegranate merupakan sumber yang kaya dengan kandungan ‘phytochemical’ untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna. Oleh itu, pomegranate dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan dan membantu dalam proses antioksidasi bagi menguatkan sistem imun serta meningkatkan fungsi kardiovaskular. Pomegranate juga difahamkan penting dalam pemulihan luka dan menjaga kesihatan gigi serta tulang.

Sumber : Utusan, TopShop

SKIP THIS AD ×