berita

Amalina Dedikasi Kejayaan Kepada Ibu Tersayang Sempena Hari Wanita Sedunia

March 8th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Hari Wanita Sedunia disambut pada hari ini, 8 Mac bagi setiap tahun. Sambutan Hari Wanita Sedunia adalah bertujuan untuk memperingati dan meraikan perjuangan wanita dalam menjalani kehidupan seharian. Malah, kaum wanita turut dijadikan sumber inspirasi untuk anak muda sebagai kekuatan dalam menghadapi dugaan hidup.

Menerusi Twitter Dr. Amalina Bakri berkongsi kisah perjuangan ibunya sebagai sumber kekuatan bagi dia menempuh hidup sehingga hari ini. Siapa pula sumber inspirasi bagi korang?

Wanita berdikari

Sempena Hari Wanita Sedunia, Dr. Amalina berkongsi kisah ibunya sebagai sumber inspirasi dalam dia meneruskan onak liku kehidupan. Walaupun, ibunya berstatus ibu tunggal dan masih menjalani kehidupan sendirian tanpa suami, namun, dia mampu berdikari dan mencari rezeki sendiri.

Tidak pernah merungut

Tidak pernah merungut kepenatan atau kesunyian yang keluar dari mulut ibunya. Malah, dia terus bekerja keras mencari rezeki bagi mencapai impian tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain.

Setelah 14 tahun mereka terpaksa berjauhan, namun, kecanggihan teknologi yang ada dapat melepaskan kerinduan dua beranak ini melalui panggilan telefon dan Facetime.

Kejayaan saya buat mama

Segala anugerah yang diterima Amalina diberikan kepada ibunya sebagai tanda penghargaan. Selain itu, dia turut menasihati semua wanita untuk terus kuat dan jangan pernah gentar menjalani hidup walaupun keseorangan. Berdikari dan percaya diri menjadi kunci motivasi dalam mencapai maklamat hidup kita.

Apapun, kami mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua kaum wanita didunia.

Credit: Dr. Amalina Bakri

SKIP THIS AD ×