berita

‘Amalina’ Versi Tamil Tarik Perhatian

October 9th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Santesh Kumar merupakan penyanyi India yang sedang meningkat naik nama dalam industri muzik tanah air. Dia yang popular dengan single Amalina tidak menjangkakan MV Amalina itu mendapat sambutan luar biasa.

Selepas single Amalina versi Bahasa Melayu, kini, dia muncul pula dengan Amalina versi Tamil. Lebih menarik lagi, kedua versi ini mempunyai kesinambungan kisah percintaan berbilang bangsa.

Amalina versi Melayu

MV Amalina versi Bahasa Melayu ini telah dimuatnaik di laman Youtube sejak 27 Ogos lalu dan mendapat 11juta tontonan. Lagu tulisan Room None dan Harry Khalifah ini di bawah naungan MVM Music telah mendapat 169ribu tanda suka.

Ramai bersetuju dan bangga dengan kepelbagaian bangsa yang dipaparkan dalam visual MV Amalina ini.

Amalina versi Tamil

MV Amalina versi Tamil ini merupakan sambungan kisah dari MV Amalina versi Bahasa Melayu. Video klip ini telah meraih tontonan sebanyak 314ribu dalam masa 24jam dimuatnaik di Youtube.

Memang tidak dapat dinafikan lagu Amalina ini telah berjaya mempengaruhi minda netizen. Apa yang menarik perhatian, MV Amalina ini mengetengahkan percintaan berlainan bangsa dan mempunyai beberapa bahagian sambungan kisah.

Apa agaknya sambungan kisah Amalina ini?

Sumber: Youtube

SKIP THIS AD ×