berita

Amalkan Minum Teh Hijau, Ini Antara 5 Fungsi & Khasiatnya

November 4th, 2020 | by AnisAffandi
Kesihatan & Hidup Aktif

Foto: The Active Times

Ramai tak tahu, teh hijau merupakan minuman yang sangat berkhasiat dan boleh menjamin kesihatan hidup kita sepanjang hayat. Daripada meminum minuman yang sudah pasti akan merosakkan kesihatan kita seperti air berkarbonat, lebih baik kita tukar amalan harian dengan mengamalkan minum teh hijau yang banyak khasiatnya.

Kebaikan teh hijau bukan sahaja menambah fungsi otak, malah membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi. Ini antara lima fungsi dan khasiat teh hijau yang anda perlu tahu.

Memperbaiki fungsi otak

Foto: Google

Macam mana ia boleh baiki fungsi otak?

Teh hijau mengandungi sejumlah kafein tetapi tidak banyak seperti kopi yang akan membawa ketagihan. Jadi, dinasihatkan minum teh hijau ini 2 jam sebelum waktu tidur kerana ia akan membuat anda terjaga untuk seketika.

Ia juga telah dikaji bahawa kafein boleh menjadi ‘mood booster’, meningkatkan memori dan masa tindak balas. Teh hijau juga mengandungi L-theanine yang boleh sampai ke otak, mengurangkan stres dan kebimbangan. Ini sesuai untuk digunakan jika kita sering stres bekerja atau susah untuk mulakan hari dengan aktiviti yang produktif, teh hijau akan menjadi ‘mood booster’ untuk jalani hari anda.

Sebatian bioaktif di dalam teh itu boleh mengurangkan risiko penyakit usia tua seperti Alzheimer dan Parkinson.

Bakar lemak & kolestrol

Foto: Times of India

Teh hijau mempunyai suplemen pembakar lemak yang sangat banyak. Kajian terhadap manusia menunjukkan teh hijau boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak dan metabolisme badan. Namun, peningkatan metabolisme adalah bergantung kepada individu.

Ia juga diketahui berkesan dalam mengurangkan kadar kolestrol kerana mengandungi bahan yang dipanggil alkalinity. Kafein daripada teh hijau akan menggerakkan asid lemak daripada tisu lemak, mengurangkan komposisi lemak, menjadikan badan bertenaga dan bersedia untuk aktiviti fizikal.

Dengan meningkatkan prestasi fizikal dan menjadikan badan bertenaga, ia dapat mencegah kita daripada obesiti. Ramai yang mengatakan meminum teh hijau memberikan tenaga yang lebih stabil daripada meminum kopi.

Panjangkan umur

Foto: Google

Menurut artikel dari Sinar Harian, satu kajian telah dijalankan dan lebih 40 ribu orang dewasa di Jepun menunjukkan mereka yang minum teh hijau lima cawan sehari mempunyai umur yang lebih panjang daripada orang yang tidak mengamalkan minuman teh hijau.

Diet dan konsum teh hijau tanpa gula sebagai minuman utama setiap hari adalah bagus untuk menjaga kesihatan yang optimum.

Teh hijau mempunyai bahan-bahan yang berfungsi sebagai antioksidan. Bahan ini dapat mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh badan, melindungi sel dan molekul yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan penuaan sebelum usia.

Mengurangkan risiko kanser

Foto: Google

Selain menyebabkan penuaan pramatang, radikal bebas juga menjadi punca beberapa jenis kanser. Cathechin di dalam teh hijau boleh meneutralkan radikal yang berbahaya dan mengurangkan risiko kanser.

Teh hijau kini disyorkan secara meluas untuk pesakit oleh doktor dan ahli farmasi kerana ia adalah salah satu cara yang baik untuk mencegah kanser, lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser.

Menurut kajian, antioksidan dalam teh hijau dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22%, kanser prostat sebanyak 48%, dan kanser kolorektal sebanyak 57%.

Merangsang sistem imun

Foto: Google

Menurut beberapa kajian, orang yang mengamalkan minum teh hijau dengan kerap lebih rendah kadar jangkitan bakteria dan virus berbanding orang yang tidak meminumnya. Jelas bahawa teh hijau dapat membantu meningkatkan sistem imun anda.

Ini adalah disebabkan sebatian Cathechin, yang berfungsi sebagai pelindung terhadap bakteria dan virus. Ia juga menghalang penyakit oleh mikrob dan kulat, seperti nafas berbau, cirit birit, selesema, batuk dan kerosakan gigi.

Untuk menjamin kesihatan yang baik selalu, amalkan minuman teh hijau sebagai minuman harian atau sebaik-baiknya masukkannya dalam diet harian untuk mendapatkan semua manfaat dan khasiat daripadanya.

Tetapi harus diingatkan, elakkan teh hijau bersama susu kerana mencampurkan susu di dalam teh hijau akan mengurangkan nilai khasiatnya.

 

Sumber: Sinar Harian, Says, helloDOKTOR.

SKIP THIS AD ×