berita

Amanda Bynes Ubah Hidung?

May 7th, 2013 | by Ai
Hollywood

AmandaBynes_900-600-09-19-12

Pelakon kelahiran Amerika, Amanda Bynes mengakui bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik untuk membuang kulit yang tidak sekata di bahagian hidungnya.

Melalui akaun twitter miliknya, Bynes mendedahkan yang dirinya melakukan pembedahan itu beberapa tahun yang lalu.

Pelakon yang berumur 27 tahun itu juga tidak gemar apabila media menggunakan gambar-gambar lama miliknya dan menyatakan dia nampak lebih cantik di dalam gambar terbaru.

Dia juga menyatakan pembedahan plastik merupakan salah satu perkara terbaik bagi meningkatkan tahap keyakinannya dalam dirinya.

Bynes yang memulakan kerjaya sebagai pelakon seawal usia tujuh tahun ini pernah popular dalam beberapa drama berepisod tayangan Nickelodeon pada tahun 1990-an. Dia juga pernah memenangi salah satu anugerah “Teen People’s 25 Hottest Stars Under 25” pada tahun 2006.

Screen Shot 2013-05-06 at 22.33.09

 

SKIP THIS AD ×