berita

Amanda Imani Nafi Bercinta

January 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Amanda Imani

Petang semalam telah berlangsungnya majlis perasmian untuk single terbaru Amanda Imani berjudul ‘Fobia Cinta’ dan ‘Like A Boss’ bertempat di Bistro Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur.

Ketika ditemui di majlis pelancaran tersebut, Amanda Imani telah melahirkan rasa bangga dan gembira dengan penghasilan single terbaru ini kerana ia merupakan 100% hasila karya Amanda sendiri.

“Ini adalah single sepenuhnya ditulis oleh saya. Oleh itu, saya rasa sangat bangga kerana dapat keluarkan lagu yang 100% ciptaan saya sendiri. Apabila saya mula menulis dan hasilkan lagu ciptaan sendiri, saya rasa diri ini lebih yakin dan matang.”

“Saya pun dah lebih tahu apa yang saya cari dan inginkan dalam kehidupan ini.”

Mengulas lebih lanjut mengenai single terbaru ‘Fobia Cinta,’ Amanda akui lagu tersebut merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang kisah cintanya yang tidak kesampaian. Oleh itu, timbul persoalan dikalangan pihak media, adakah ia mengisahkan tentang hubungan cintanya dengan jejaka bernama Syarif, iaitu penyanyi dari kumpulan Sleeq?

“Ya, memang saya ada pengalaman cinta yang tak jadi tapi ia bukan kisah cinta antara saya dengan penyanyi tersebut.”

“Kadang-kadang pengalaman itu memang menyakitkan, tetapi ia boleh dijadikan sebagai ilham saya untuk mencipta lagu. Masa saya menulis lagu ‘Fobia Cinta’ ini memang perasaan saya ketika itu sangat kecewa dan selepas semuanya OK, saya mula menulis lagu ‘Like A Boss’ pula.”

“Untuk lagu ‘Like A Boss’ saya ingin ketengahkan mengenai seorang wanita yang yakin dengan diri sendiri dan saya juga ingin mengangkat martabat seorang wanita. Dia macam ‘girl power’ juga la,” ujar Amanda sambil tergelak.

Berkongsi lebih lanjut mengenai single terbaru ini, Amanda Imani turut memilih pemain violin terkenal iaitu Dennis Lau untuk turut bergandingan dengannya dan menerusi gandingan tersebut, timbul usikan nakal dikalangan pihak media adakah Amanda dan Dennis kini menjalin sesuatu hubungan yang sangat istimewa?

Sambil tergelak Amanda menjawab, “Saya dengan Dennis memang profesional dan kami tak ada apa-apa. Banyak yang telah saya lalui sebelum dengan Syarif lagi.”

“Lagipun saya memang dah lama kenal Dennis dan memang sejak dari dulu saya ingin bekerjasama dengan dia. Sebelum ini kami selalu jumpa di majlis-majlis keramaian sahaja. Saya inginkan sesuatu yang unik untuk single pertama ciptaan saya ini dan sebab itu saya pilih dia untuk bekerjasama dengan saya.”

SKIP THIS AD ×