berita

Amar Asyraf Berbulan Madu Selepas Raya

August 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Anugerah Syawal-85

Umum tahu mengenai pernikahan pelakon Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf yang telah berlangsung pada 7 Jun yang lalu. Namun sehingga kini pasangan pengantin baru ini masih belum berpeluang menikmati bulan madu mereka.

Amar yang ditemui sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 baru-baru ini mengakui yang kesibukan adalah punca mereka menangguhkan niat untuk bercuti.

Bagaimanapun, Amar telah merancang untuk membawa isterinya itu ke Selatan Thai sebaik sahaja selesai majlis resepsi sebelah lelaki pada 17 Ogos 2013.

InsyaAllah selepas selesai majlis resepsi nanti, kami akan pergi berbulan madu. Kami berdua suka pulau. Jadi kami rancang nak berbulan madu di Krabi atau Koh Samui.

Selain sibuk menguruskan majlis resepsi yang diadakan seminggu selepas sambutan Hari Raya nanti, Amar turut menyatakan akan membawa isterinya pulang beraya ke rumah mertuanya di Bidor, Perak.

Anugerah Syawal-87

Dalam perkembangan lain, Amar bakal muncul dalam telemovie khas raya menerusi Setia Hujung Nyawa Raya di samping Nelydia Senrose. Pastinya ramai peminat tidak sabar menantikan gandingan comel antara kedua-dua pelakon ini dalam drama fenomena ini.

SKIP THIS AD ×