Semenjak bergelar suami kepada Arna Saleh sebulan yang lepas, kehidupan pelakon Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf telah berubah sedikit demi sedikit.
Selain mengakui agak kekok menjadi suami di awal perkahwinan, Amar turut menyatakan dia kini membataskan adegan lakonannya demi menjaga hati isteri.
Sebagai seorang suami, Amar jelas mengerti perasaan isteri yang adakalanya akan merasa cemburu apabila melihat lakonan mesranya.
Perempuan mana yang tak cemburu kan? Sebab tu, kalau ada adegan intim yang saya kena lakonkan, saya pasti akan beritahu dia awal-awal supaya dia tak terkejut. Sekurang-kurangnya nanti kalau dia tengok lakonan saya di televisyen, tak lah dia terkejut sangat. Dia pun pernah cakap, “jangan bagi saya terkejut”.
Ditanya sama ada Amar akan melakonkan babak panas seperti di ranjang, ternyata pelakon ini sudah menyediakan jawapan yang sesuai jika menerima tawaran sebegitu.
Kalau kena juga lakonan babak romantik atau nak pegang-pegang pun ada batasnya. Tapi saya tak akan lakonkan adegan ciuman, misalnya cium dahi atau pipi mana-mana aktres. Sebab bagi saya, ciuman saya ekslusif untuk isteri saya sahaja.
Amar Asyraf dan isteri, sama cantik sama padan kan?
Untuk pengetahuan semua, Amar Asyraf telah selamat menikahi Arna Salleh dengan hanya sekali lafaz pada 7 Jun lalu di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.
Dalam perkembangan terbaru, Amar yang telah dilantik sebagai Duta Anugerah Syawal TV3 ini baru sahaja selesai penggambaran Setia Hujung Nyawa Raya yang bakal ditayangkan pada Syawal nanti.
Bagi yang tidak sabar untuk menonton drama itu, apa kata lihat dulu foto-foto terbaru Amar Asyraf yang ditemui sewaktu Majlis Anugerah Syawal TV3 baru-baru ini.