Pelakon, Amar Baharin berkongsi dugaan yang perlu dihadapi sewaktu misi berbasikal ‘Kembara Makkah’ yang dilakukannya bermula 27 April lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amar Baharin & Qobin Tamatkan Kayuhan Di Madinah

Perlu fokus

@boraktravel_

Replying to @Saazabadi Banguh pagi betulkan niat kita. Nak tahu kisah penuh suka duka ni? Nantikan video penuh di YouTube Borak Travel, jam 8 malam Jumaat ini! Jangan lupa follow & subscribe untuk lebih banyak kisah luar biasa dari jalanan. 🌍✨ #BorakTravel #TravelWithPurpose #CyclingToMakkah #Inspirasi #TanahSuci #cycling @amarbaharin @Azadsyaziraroses @Mitra Group

♬ original sound – BorakTravel – BorakTravel

Menurut Amar atau nama lengkapnya Amar Mohd. Baharin, misi berbasikal yang dilakukannya itu memerlukan niat serta fokus yang betul.

Jika tidak, sudah pasti seseorang itu akan mudah hanyut dengan dugaan lebih-lebih lagi apabila melalui kawasan pelancongan di Thailand.

Bila berbasikal dan sampai pula di Thailand, kayuh dalam 200 kilometer (km), akan sampai di Krabi.

Jalan ke depan sikit lagi, sampai pula di Koh Samui.

Kalau niat tak betul, ‘confirm’ singgah punyalah tiga hari dua malam. Dugaan berada di kiri dan kanan.

Amar berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast ‘Borak Travel’ yang dikendalikan pelakon dan penyampai radio, Azad Jasmin.

Perbetulkan niat

Perjelas Amar lagi, dia akan perbetulkan semula niatnya iaitu untuk menuju ke tanah suci Makkah setiap kali dirinya bangun dari tidur.

Satu benda yang saya belajar ialah kalau nak menjelajah ke Tanah Haram ialah setiap pagi waktu bangun tidur, kena betulkan niat.

Selepas solat, bangun sahaja dari tidur betulkan semula niat iaitu, ‘Aku nak menjelajah ini adalah untuk ke Tanah Haram’.

Ada satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, ‘Janganlah bersusah payah kamu mengembara kecuali pada tiga masjid ini iaitu Masjidil Aqsa, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.’

Jadi, itulah niat dia iaitu kalau masa jelajah, saya nak ‘khatamkan’ tiga tempat ini dahulu (barulah nak ke tempat lain).

Sebab kalau niat tak betul, boleh jadi macam-macam.

Sekadar info, Amar dan rakannya, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin yang lebih mesra disapa Qobin memulakan misi berbasikal ke Makkah dari Perlis pada 27 April dengan merentasi beberapa negara termasuk Thailand, Iran, Emiriah Arab Bersatu, dan Arab Saudi.

Mereka kemudiannya menamatkan misi berbasikal selepas selamat tiba di Masjid Nabawi, Madinah pada 29 Mei.

Walau bagaimanapun, mereka tidak berpeluang untuk menunaikan umrah di Mekah kerana ketibaan mereka di Madinah sedikit awal seperti yang dirancang dan secara tidak langsung timbul komplikasi pada visa untuk menunaikan haji.

Justeru, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan masa yang ada sepanjang di Madinah dengan baik.

Sumber: TikTok