berita

Ambil Masa Setahun Untuk Dapatkan Badan Ideal, Individu Ini Kongsi Tips Pemakanan Sihat

May 11th, 2020 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Memiliki bentuk badan ideal adalah impian semua orang. Proses menurunkan berat badan boleh dikatakan sukar juga, bergantung kepada metabolisme setiap orang. Ada yang memerlukan tempoh setahun untuk dapat bentuk badan ideal.

Seperti perkongsian tips dari pengguna Facebook Faiz Saumi yang sudah berjaya turunkan berat badan dengan mengambil masa hanya setahun saja. Semua orang boleh lakukan, apa yang penting adalah berdisiplin dan teruskan semangat!

Jangan pernah skip sarapan

Hari ini saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun iaitu May 2019 hingga May 2020.

Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh, sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus atau separuh masak 2 biji, pisang, jambu batu atau yogurt greek.

Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat macam snacking sambil-sambil buat kerja tu buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.

Makanan tengah hari dan petang

Jam 1.00-2.00 petang lunch time. Wajib ambil lunch ye! Jangan sesekali skip! Lunch yang biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur-sayuran (protein dan sayur-sayuran pastikan yang tidak bergoreng).

Jam 3.00-4.00 petang buat snacking lagi seperti epal, kekacang, jambu batu, buah naga atau pisang.

Jam 5.30-6.30 petang ambil masa untuk workout atau buat kardio sekurangnya 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.

Makan malam

Gambar hiasan

Jam 7.00-7.30 malam dinner time. Saya elakkan nasi untuk waktu malam. Tapi saya akan ambil sumber protein yang banyak untuk naikkan muscle hasil penat dari workout. Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur-sayuran untuk satu pinggan yang besar. Antara sayur-sayuran yang bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.

Jam 9.00-9.30 malam selepas Isyak, saya akan buat teh hijau panas tanpa gula. Tips lain-lain, jangan sesekali ambil minuman yang bergula, banyakkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa jua sos, banyakkan buat research, pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua.

Sumber: Faiz Saumi

SKIP THIS AD ×