berita

Ambil Pembiayaan Peribadi Dengan BSN Dan Korang Boleh Menang Ganjaran Lumayan? Biar Betul?!

July 16th, 2020 | by Epul
Kewangan & Pelaburan

Zaman sekarang semua benda nak pakai duit, anak nak sambung belajar, kahwin, renovate rumah, nak buat pelaburan pun perlukan duit. Tapi, bukan mudah nak memiliki sejumlah wang yang banyak dalam jangka waktu yang singkat kan? Sebab itulah banyak bank menawarkan pembiayaan peribadi bagi memudahkan urusan korang.

Search je pelan pembiayaan peribadi kat internet dan korang akan jumpa senarai bank serta pelan yang ada. Sekarang kan banyak pelan pembiayaan yang menawarkan pulangan semula. Paling menarik, korang berpeluang menang ganjaran berbentuk BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) bernilai sehingga RM100,000 tau. Bestnya!

Pinjam RM50 ribu, berpeluang menang RM100 ribu. Wow!

Inilah masanya untuk tunaikan impian korang dengan Pembiayaan Peribadi BSN. Jangan biarkan kekangan kewangan menghalang korang. Apa saja tujuan nak pembiayaan peribadi ni, BSN ada penyelesaiannya!

Dengan hanya membuat pembiayaan peribadi minimum bernilai RM50,000, korang layak untuk mendapat satu penyertaan yang membolehkan korang berpeluang memenangi BSN SSP yang bernilai sehingga RM100,000. Tapi, semua ni untuk waktu yang terhad je tau. Korang mestilah membuat pembiayaan peribadi mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

Macam mana nak menang?

Apa kelayakan nak sertai?

Nak tahu sama ada korang layak untuk memenangi SSP bernilai RM100,000 ni atau tak, korang mestilah lakukan semua perkara di bawah sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

  • Korang mestilah mohon Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit/i (“Pembiayaan”),
  • Permohonan pembiayaan korang telah mendapat kelulusan pihak bank,
  • Pembayaran amaun pembiayaan telah dilakukan oleh pihak bank ke akaun korang,
  • Minimum Pembiayaan Peribadi ialah RM50,000,
  • Akaun pembiayaan mestilah aktif berkuat kuasa dan sah ketika cabutan hadiah dibuat.

Bagi setiap permohonan pembiayaan yang diluluskan, korang layak menerima satu penyertaan. Kalau korang pekerja barisan hadapan, korang layak menerima dua penyertaan. Pekerja barisan hadapan ni terdiri daripada doktor, jururawat dan polis.

Hadiah bulanan menarik menanti!

 

Bukan hanya menawarkan hadiah utama BSN SSP yang bernilai RM100,000 tau. Setiap bulan, akan ada 2 orang pemenang yang dipilih untuk memenangi hadiah berupa BSN SSP bernilai RM10,000 seorang dan 10 orang pemenang lagi akan memenangi BSN SSP bernilai RM1,000 seorang!

Penuhi impian dengan Pembiayaan Peribadi BSN & korang mungkin pemenang yang dicari!

Haa.. Tunggu apa lagi? Sekaranglah masanya untuk penuhi hasrat korang dengan BSN Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit/i  (BSN SSP). Mana tau korang berpeluang untuk memenangi ganjaran RM100,000 berbentuk BSN SSP atau hadiah bulanan yang lain!

Untuk maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Peribadi BSN, korang boleh terus hubungi Pengurus Jualan Wilayah atau Ketua Jualan BSN. Nak lagi mudah, korang boleh klik terus di SINI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×