berita

Amelia Henderson Bersyukur Dapat Tangguh Permohonan Maaf Pada A. Aida

August 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Amelia Henderson

Pelakon Amelia Henderson meluahkan rasa syukur apabila pihaknya berjaya mendapatkan penangguhan berkenaan permohonan maaf dan penurunan video berhubung kes melibatkan penerbit, Datuk A. Aida.

Artikel Berkaitan: A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – ‘Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?’

Artikel Berkaitan: Syarikat Produksi A.Aida Menang Saman, Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200k

Tangguh mohon maaf

Amelia Henderson

Peguam yang mewakili Amelia iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman turut memaklumkan bayaran ganti rugi berjumlah RM200,000 tidak perlu diberikan kepada plantif (A. Aida), namun wang tersebut akan dimasukkan ke akaun peguam kedua-dua pihak.

Alhamdulillah kami berjaya dapatkan penangguhan daripada Hakim Zulqarnain Hassan melibatkan pemohonan maaf dan penurunan video sehingga tamat tempoh rayuan kepada mahkamah tinggi pada 24 Oktober nanti.

Amelia tak perlu mohon maaf dan turunkan video sehingga keputusan Oktober nanti. Kami juga gembira mengatakan mahkamah juga bersetuju untuk bayaran RM200,000 ganti rugi tidak diberikan pada waktu ini.

Tapi RM200,000 itu akan dimasukkan ke dalam akaun bersama peguam kedua-dua pihak.

Dalam masa sama, Amelia turut menjelaskan dia mempunyai sebab untuk tidak memberi sebarang kenyataan kepada media sebelum ini kerana mahu menjaga privasi serta menghormati proses kes tersebut.

Mungkin orang salah faham dengan tindakan saya tidak banyak cakap dengan media fasal kes ini. Saya menghormati proses mahkamah. Kalau saya nak jawab, sama seperti saya tak menjaga privasi kes.

Saya cuma mengharapkan untuk semua pihak menerima keadilan sebab itu kita naik mahkamah, cari point benar dan dapat kesimpulan yang paling tepat mana-mana kes.

Saya tidak akan buat tindakan yang melanggar undang-undang. Apa-apa pun tunggu keputusan pada 24 Oktober, empat hari selepas hari lahir saya. Apa yang jadi lepas itu, saya akan hormat keputusan.

Terdahulu, A. Aida mempersoalkan tindakan Amelia yang masih berkeras tidak mahu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan aktres itu untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A. Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu.

Susulan itu, Amelia memfailkan rayuan dan menurut peguam, Ashmadi Othman mewakili A. Aida mereka sedang berada dalam proses ‘review’ untuk menetapkan tarikh rayuan aktres itu.

SKIP THIS AD ×