Pelakon Amelia Henderson akui membawakan watak sebagai seorang pelacur dalam drama One Million Dollar Voice agak mencabar buat dirinya.
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson & Aedy Ashraf Bakal Berkahwin? Tuan Badan Akan Umum Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amelia Henderson Panggil Aedy Ashraf ‘Sayang’?
Watak pelacur
Ketika ditemui OhBulan!, Amelia berkata watak tersebut agak berbeza dan tidak pernah dibawa dalam mana-mana naskhah lakonannya sebelum ini.
Tambah Amelia lagi, dia juga mahu mencabar kredibiliti dirinya sebagai seorang aktres.
Agak mencabar untuk bawa watak pelacur dan ini merupakan watak yang lain daripada apa saya yang pernah ambil sebelum ini.
Macam sebelum ini, banyak dapat watak yang memerlukan air mata yang bera-berat. Saya tak rasa pernah bawa watak seperti ini sebelum ini.
Saya terima watak seorang pelacur kerana itu merupakan satu cabaran untuk saya sebagai pelakon.
Amelia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama One Million Dollar Voice bertempat di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson berkata dia juga sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan daripada netizen.
Kalau penonton rasa watak pelacur itu berat, mungkin kalau mereka tonton drama ini mereka akan menangis.
Kalau tanya saya takut atau tidak nanti dikecam netizen, saya tidak takut dengan kecaman. Kerana saya pelakon dan tugas saya hanya melakonkan watak tersebut sahaja.
Saya percaya dengan watak ini dan yakin boleh bawa dengan baik. Personaliti daripada watak tersebut sebenarnya ada perkara yang positif meskipun berada dalam situasi negatif.
Untuk watak ini jangan menilai terlalu awal hanya kerana dia seorang pelacur. Tapi kenapa dia jadi pelacur itu yang penonton kena tahu.