Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Amelia Henderson mencuri perhatian ramai selepas tular video memperlihatkan aksi kekoknya ketika sedang memotong cili.
Artikel Berkaitan: Jari Kaki Amelia Henderson Patah Langgar Bucu Katil – ‘Doktor Kata Perlu Buat Pembedahan’
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Cabar Diri Bawa Watak Pelacur – ‘Saya Tak Takut Dikecam’
Nilai wanita jatuh tak pandai masak?
Video tersebut turut mengundang ‘cakap nakal’ netizen apabila ada yang mengatakan Amelia seperti tidak pandai memasak.
Susulan itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson ada memuat naik satu ciapan di X berbentuk luahan hati dengan mempersoalkan tindakan sebilangan netizen terhadap golongan wanita termasuk dirinya yang tidak pandai memasak.
Betul ke orang ramai berfikir nilai kewanitaan seseorang perempuan itu akan jatuh sekiranya tidak pandai memasak?
Ciapan tersebut turut menyorot perhatian aktor Aedy Ashraf apabila dia seakan mempertahankan aktres tersebut.
Aedy menerusi satu ciapan di aplikasi sama berseloroh dengan mengatakan tidak menjadi masalah besar buatnya apabila wanita dicintainya itu tidak hebat di dapur seperti kebanyakan wanita lain.
Tidak mengapa. Saya pandai memasak.
Seperti dijangka, ciapan kedua-kedua pelakon itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.
Rata-rata netizen berasa terhibur dan dalam masa sama menyifatkan Aedy seorang yang romantik kerana mempertahankan Amelia.
Sumber: Twitter