berita

Jari Kaki Amelia Henderson Patah Langgar Bucu Katil – ‘Doktor Kata Perlu Buat Pembedahan’

August 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Amelia Henderson

Pelakon Amelia Henderson memaklumkan dia telah mengalami kecederaan pada jari kaki kirinya selepas terlanggar bucu katil.

Artikel Berkaitan: Amelia Henderson & Aedy Ashraf Bakal Berkahwin? Tuan Badan Akan Umum Sendiri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amelia Henderson Panggil Aedy Ashraf ‘Sayang’?

Langgar bucu katil

Amelia Henderson

Ketika dihubungi OhBulan!, Amelia berkata sewaktu kejadian berlaku dia sedang berjalan menuju ke bilik air untuk memberus gigi. Namun tidak sengaja kakinya telah terlanggar bucu katil di biliknya.

Jelas Amelia, dia kemudian mendapati beberapa jari kakinya telah beralih dari kedudukan asal sebelum bertindak untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Tiada yang serius sangat, tapi ceritanya agak memalukan sikit. Saya baru balik kerja, dua hari lepas. Masa itu dah mengantuk sangat-sangat.

Waktu itu dalam dua pagi saya dah nak tidur, tapi sebelum tidur nak pergi berus gigi. Tengah nak berjalan menuju ke bilik air, saya terlanggar bucu katil. Ada bunyi dan memang sakit.

Saya ingat sakit biasa, kemudian saya duduk dan lihat jari kaki saya macam dah sengit. Saya dah risau sebab nampak macam dah teruk.

Kemudian saya terus telefon adik saya suruh kejutkan ibu. Saya tanya mereka apa patut saya buat. Adik saya datang rumah dan bawa saya pergi hospital.

Amelia berkata, selepas dia mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan jari kakinya telah patah (multiple fracture) dan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.

Namun aktres itu enggan berbuat demikian berikutan masih ada tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.

Saya ingat jari kaki saya terkehel (discolated), rupanya bukan terkehel tapi multiple fracture (patah dalam), bukan satu tapi ada beberapa bahagian juga.

Pihak hospital minta saya duduk wad dan buat pembedahan, tapi waktu itu dah tengah malam, saya balik rumah.

Paginya bila dah siang, saya datang semula ke hospital beritahu doktor saya tak boleh buat pembedahan sebab kerja dan penggambaran masih banyak.

Jadi doktor hanya balut jari kaki dan saya juga akan buat temu janji susulan untuk pastikan pembedahan itu diperlukan atau tidak.

Susulan itu, aktres berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa menggunakan kasut jenis boot khas untuk membantu pergerakannya.

Buat masa sekarang ini saya perlu pakai kasut boot khas untuk tiga hingga empat minggu paling minima. Kalau tak buat pembedahan harap akan okey balik.

Memang sakit dan sedikit sebanyak menyusahkan kerja saya. Sebab kena pakai kerusi roda dan susah nak berjalan.

Untuk info, Amelia bakal mengemudi Anugerah TikTok 2023 bersama Sherry Alhadad pada 27 Ogos ini bertempat di Pusat Pameran Dan Perdagangan Antarbangsa (MITEC), Kuala Lumpr.

Anugerah TikTok 2023 bakal bersiaran secara langsung menerusi saluran TV3 bermula 9 malam.

SKIP THIS AD ×