berita

Amelia Henderson Positif Jawab Isu Imej Seksi -‘This Is Me, Sekurangnya Saya Jujur Dengan Pendirian Sendiri’

June 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson akui terbuka menerima segala kritikan yang dilemparkan netizen berhubung imej seksi yang sering digayakannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Sanggup Terbang Ke Perancis, Netizen Pesan Jangan Biar Amelia Henderson Menunggu – ‘Sweetnya, Kahwin Please!’

Artikel Berkaitan: Wanita Kena Kecam Keluar Idea ‘Crowdfund’, Nak Bantu Amelia Henderson Bayar RM200K

Sedia di kritik

Ketika ditemui Oh Bulan!, Amelia berkata perkara sedemikian sudah menjadi asam garam untuknya memandangkan dia seorang figura umum.

Bagaimanapun, kata aktres berusia 28 tahun itu, ada kalanya kritikan pedas yang dikeluarkan netizen adalah benar dan ada kalanya tidak.

Bila bekerja sebagai seorang public figure, akan ramai orang yang boleh bercakap pasal saya. Masuk sahaja ke bidang hiburan, perkara sebegitu sudah perlu bersiap sedia.

Kadang-kadang apa yang netizen kata itu ada betulnya, kadang kala tidak betul. Sebab mereka tiada pun dengan saya setiap hari dan tidak kenal siapa saya.

Saya terbuka dengan semua komen yang orang berikan pada saya.  Dalam masa sama, saya sangat ambil berat dengan diri sendiri dan hanya saya yang tahu siapa saya.

Selagi keluarga, orang tersayang ada dengan saya dan sokong saya, alhamdulillah. This is me, sekurangnya saya jujur dengan pendirian saya sendiri.

Amelia berkata demikian ketika ditemui pada acara penjenamaan semula Fam’Fries milik aktor Aedy Ashraf yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Ahad.

Kekal positif

Dalam pada itu, disoal adakah dirinya berasa rimas setiap kali imej seksi menjadi bualan, Amelia berkata dirinya tidak merasa demikian.

Sebaliknya, dia terus bersikap positif dan mengambil komen murni yang ditinggalkan peminat di laman sosial miliknya.

Tidak juga, saya rasa macam ok sahaja. Soal pakaian seksi ini dah berterusan lama dari dulu -lagi. Saya terima macam-macam komen negatif dan ada dalam masa sama ada juga komen positif yang orang berikan.

Saya bila baca komen positif saya sangat terharu dan tak sangka. Sekiranya isu pakaian yang membuat saya dapat komen negatif, itu okey lah pada saya.

Saya sentiasa baca komen supaya saya boleh tahu siapa yang sentiasa sokong dan beri semangat pada saya.

SKIP THIS AD ×