berita

Amerika Syarikat Dilaporkan Beli Data Lokasi Pengguna Aplikasi Muslim Pro

November 17th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Media hari ini melaporkan tentera Amerika Syarikat telah membeli data lokasi pengguna daripada aplikasi Muslim Pro. Memetik laporan Complex, Muslim Pro mendedahkan lebih 98 juta pengguna yang telah memuat turun aplikasi tersebut di telefon bimbit mereka. Malah, data-data yang dibeli askar Amerika Syarikat tersebut didakwa untuk tujuan ‘counterterrorism‘.

Data dijual kepada Amerika Syarikat

Kredit foto: Muslim Pro

Aplikasi Muslim Pro merupakan aplikasi mudah bagi pengguna Muslim untuk mengingatkan mengenai waktu solat dan penunjuk arah kiblat dari Kota Mekah. Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan bacaan Al-Quran secara online beserta audio bacaan bagi memudahkan pengguna.

Dilaporkan Amerika Syarikat menggunakan dua data stream yang berbeza iaitu Babel Street dan X-Mode bagi tujuan pengumpulan data lokasi. Kedua-dua aplikasi ini menyenaraikan kesemua lokasi pengguna aplikasi dan data tersebut telah dijual kepada askar US.

Malah, Muslim Pro bukan satu-satunya aplikasi yang menghantar data ke X-Mode, ada lagi satu aplikasi yang didakwa menjadi sasaran iaitu Muslim Mingle merupakan aplikasi temujanji yang telah dimuat turun lebih 100,000 pengguna.

Menimbulkan kegusaran

Bagaimanapun, pembelian data tersebut mencetuskan kebimbangan kerana data tersebut boleh digunakan oleh tentera Amerika Syarikat untuk menjejak data lokasi pengguna Muslim Pro.

Pembelian data oleh Amerika Syarikat tersebut secara tidak langsung menimbulkan kegusaran untuk mencari sasaran serangan oleh tentera Amerika Syarikat bagi operasi mereka.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia

Jika bimbang data anda terdedah, umat Islam di Malaysia boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia milik syarikat terkemuka tempatan, Media Prima Digital. Kelebihan aplikasi ini mirip dengan Muslim Pro yang menyediakan panduan waktu solat, koleksi doa-doa, bacaan Al-Quran, lokasi masjid atau surau berhampiran pengguna dan seumpamanya. Sangat mudah untuk digunakan!

Jangan lupa untuk memuat turun Waktu Solat Malaysia di Apple Store, Playstore atau Huawei AppGalery sekarang.

Sumber: Twitter Ajplus, Complex

SKIP THIS AD ×