Adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Amir Syafiq memberi amaran keras kepada bekas isteri, Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis agar berhenti daripada bercakap mengenai perihalnya di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Fake! Kau Dengan Balaci Kau Tengking Mak’ – Adik Shila Amzah Buka Pekung, Dakwa Sengaja Jual Rumah
Artikel Berkaitan: Shila Amzah ‘Halau’ Kekasih Adik Lelaki Keluar Dari Banglo – ‘Selewatnya Esok Sebelum Tindakan Diambil’
Henti tabur fitnah
Menerusi siaran langsung di TikTok, Amir Syafiq menggesa Anis untuk berhenti daripada menabur fitnah serta menyebarkan kenyataan yang tidak benar.
Diminta untuk menyelesaikan isu keluarga dengan bekas isteri secara baik, Amir Syafiq berkata terserah kepada dirinya.
Kepada bekas isteri yang asyik menyebarkan aib, saya tidak pernah menjawab sebarang perkara yang dia buruk dan fitnah saya selama ini.
Satu sahaja pesanan saya, sudah-sudahlah! Sejak tahun 2016 sehingga sekarang dia tidak berhenti keluarkan macam-macam kenyataan yang tak semuanya betul.
Terpulang kepada saya jika hendak memperbaiki keadaan atau menyelesaikan masalah berkaitan diri sendiri. Itu hak saya.
Simpan cerita dongeng
Sementara itu, Anis mendedahkan dia sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Selayang, Gombak, di Instagram Story. Kata Nurul Anis, dia berani bertindak kerana berada di pihak yang benar.
Aku harap kau simpan saja cerita dongeng kau untuk next relationship kau okey. Jangan kacau aku lagi.
Orang terang-terang tahu dah perangai kau macam mana. Kita berani kerana benar. Sebab apa adik? Sebab boleh.
Terdahulu, Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah dan Anis mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 namun pasangan itu bercerai pada 15 Jun 2016 .
Sumber: Instagram