Susulan tular berita mengenai seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa menumbuk wajah kekasihnya, nama aktor Ammar Alfian tiba-tiba dipetik oleh netizen.
Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?
Artikel Berkaitan: Budak 10 Tahun Dirogol, Kepala Hancur Dihentak Dengan Batu Sampai Mati
‘Bukan aku’
Sedar namanya disebut, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, menyangkal dakwaan terbabit sekali gus menafikan dirinya adalah individu yang dimaksudkan.
Bukan aku.
Ammar menyangkal perkara itu dalam ruangan komen pada sebuah artikel yang melaporkan berita terbabit.
Sementara itu, Ammar juga terkilan dengan dakwaan tersebut dan menyifatkan sebagai melampau hanya kerana dia sering membawakan watak antagonis dalam drama dan filem.
Tahu lah muka aku jahat berlakon pun jahat. Lepas ini produser tolong bagi watak ustaz dekat aku.
Aku nak babak dalam masjid, aku tengah solat baca doa nangis-nangis. Kamera pan dari belakang ke depan. Pan muka aku nangis teresak-esak.
Terdahulu, media tempatan melaporkan seoarng pelakon lelaki berusia 37 tahun yang memiliki tubuh badan sasa didakwa menumbuk wajah kekasihnya dalam satu kejadian di sebuah kondominium di Damansara, pada Ahad.
Difahamkan, dalam kejadian terbabit aktor itu menumbuk mata dan badan wanita terbabit di dalam kereta miliknya sebelum mangsa tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, Ahad.