Penyanyi dan komposer Amylea Azizan mendedahkan dia pernah dituduh menjalinkan hubungan sejenis.
Artikel Berkaitan: 30 Lagu Bakal Berentap Di SFMM38! Ziana Zain, Aina Abdul & Hael Husaini Antara Persaing Hangat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul Jawab Dakwaan Bayaran Mahal – ‘Saya Disiapkan Oleh Pasukan Yang Perfectionist, Jadi Setimpal’
Bukan lesbian
Ketika ditemui OhBulan! Amylea berkata tuduhan tidak berasas itu dilemparkan kepadanya gara-gara dia masih membujang dan lewat mendirikan rumah tangga.
Ada orang cakap saya ini lambat kahwin dan tidak pernah ada kekasih sehingga ada yang melabelkan saya tidak ‘straight’ (lesbian).
Sebab dilihat selalu seorang diri sampai timbul spekulasi sedemikian. Itu antara komen yang agak pedih juga untuk saya terima.
Amylea berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman 30 buah lagu yang layak ke Semi Final Muzik-Muzik 38 (SFMM38), yang berlangsung di Jiospace Damansara, pada Ahad.
Merahsiakan perkahwinan
Dalam pada itu, Amylea turut menjelaskan mengenai perkahwinannya bersama lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash yang diadakan secara tertutup, baru-baru ini.
Merahsiakan perkahwinan adalah persetujuan semua pihak dan permintaan keluarga kami sendiri. Ada beberapa perkara tapi kami tidak boleh kongsikan. Ada sesuatu yang agak privasi.
Tetapi kami tetap memaklumkan kepada semua pihak termasuk para media.
Berkongsi lanjut mengenai detik perkenalan, penyanyi berusia 37 tahun itu berkata mereka diperkenalkan oleh salah seorang sahabat melalui media sosial.
Perkenalan saya dengan suami juga sangat singkat, kami bercinta selepas kahwin. Kami kenal pada tahun ini juga. Selepas suami menyuarakan hasratnya untuk menikahi saya dan saya setuju, barulah kami berjumpa.
Kami kenal melalui kawan menerusi media sosial, tapi saya berhubung dengan dia bukan guna akaun media sosial yang sekarang, akaun lain.
Malah ketika itu, suami tidak tahu pun saya ini bekerja dalam industri dan seorang penyanyi.
Untuk info, lagu ciptaan Amylea berjudul Selagi Ku Ada nyanyian Khai Bahar dan Nabila Razali berjaya mara ke SFMM38.
SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fiza Frizzy akan bersiaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam bermula jam 3 petang pada 15 Disember hingga 17 Disember ini.