Petang semalam kita dikejutkan dengan kisah kemalangan Nabila Huda, anaknya Keisha dan juga Syazwan Zulkifly yang dikatakan pemandu kenderaan mereka. Akibat kemalangan yang berlaku di lebuhraya Karak ini, Nabila dan Syazwan mengalami cedera ringan dan Keisha pula patah tangan.
Nampaknya bukan mereka saja yang menjadi mangsa kemalangan, namun, menerusi Kapanlagi, anak Ahmad Dhani dikatakan mengalami kecederaan parah selepas terlibat dengan kemalangan bersama sebuah kenderaan MPV dan van mini.
Artikel Berkaitan :
Kemalangan yang berlaku pada pagi Sabtu lepas ini dipercayai berpunca dari Dul, 13, apabila dia gagal mengawal kenderaannya jenis Mitsubishi Lancer lalu melanggar kereta MPV dan van mini yang datang dari arah bertentangan.
Dia yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan balik ke Jakarta bersama seorang lagi rakannya telah menyebabkan 5 orang mangsa yang terlibat mati dan 11 lagi cedera. Dul sebelum itu dikatakan telah pergi menghantar kekasihnya pulang ke rumah yang terletak di Bogor, Jawa Barat.
Akibat kemalangan ini, Dul telah mengalami kecederaan parah dan patah tulang dibeberapa bahagian badan. Sehingga semalam, Dul masih lagi menjalani pembedahan di sebuah hospital di Jakarta selepas dipindahkan oleh bapanya.
Menurut laporan yang sama, khabarnya Dul telah menerima hadiah kereta itu dari bapanya di sambutan harijadinya yang berlangsung pada 23 Ogos lepas. Untuk pengetahuan, anggota kumpulan Lucky Laki ini berkemungkinan besar akan didakwa kerana memandu dibawah umur.