berita

Anak Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Omar Selamat Bergelar Suami Hari Ini

October 3rd, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-10-03 at 11.49.33 AM

Alhamdulillah. Menerusi Tweet dari @501Awani, kami difahamkan, anak tunggal kepada Allahyarham Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali telah pun selamat bergelar suami kepada Sharifah Nur Athirah Syed Azmi tepat jam 11.10 pagi tadi.

Kalau korang nak tahu, dengan dua kali lafaz, maka, hari ini menjadi saksi termeterainya ikatan janji dua hati. Cewah!

Tahniah kami ucapkan kepada Aliff diatas pernikahannya hari ini. Harapan kami semoga Aliff dapat menjadi suami yang baik dalam membimbing isteri.

Screen Shot 2014-10-03 at 12.04.39 PM

Aliff duduk disebelah bapanya sebelum majlis ijabkabul bermula

Majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam itu turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan yang teristimewa adalah neneknya iaitu ibu Allahyarham Sharifah Aini.

Sekadar imbas kembali, pasangan ini mengikat tali pertunangan dengan pada Ogos lalu setelah dua tahun berkenalan dan mengenali hati budi masing-masing.

Baguslah begitu, perkara baik eloklah dipercepatkan. Tak gitu? Apapun, tahniah lagi sekali dari kami #teamOhbulan.

Kredit Foto : Astro Awani

 

SKIP THIS AD ×