berita

‘Anak-Anak Berjaya Jadi Doktor, Peguam’ – Kisah Disebalik Potret Mural Peniaga Roti Lejen Di Balik Pulau

July 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sudah lebih 30 tahun menjual roti menggunakan motorsikal, Muniadi dari Balik Pulau, Pulau Pinang mendapat pengiktirafan apabila potretnya dilukis sebagai mural oleh Andhar A. Samah. Artis mural, Acit Rahman Abdullah yang membesar dengan kenangan bersama Muniandi berasa terharu diberi kepercayaan penuh menjayakan program Festival Balik Pulau ini.

Melalui Facebook, dia turut berkongsi kisah Muniandi yang masih ingat memori sewaktu kecil meskipun sudah berpuluh tahun lamanya.

Mak you pun I kenal

Kejadian petang tadi.

Muniandi: Saya ingat la dulu you kecik-kecik suka lukis atas tanah bukan?

Aku: Huyoo boleh ingat na

Muniandi: Masa saya datang, moto saya sudah block you punya lukisan. Saya undur belakang.

Tu kejadian 30-25 tahun yang lepas. Tak sangka dia boleh ingat lagi. Terharu gila weh. Pada yang tau, aku start melukis atas tanah dengan sepupu aku Sherrilaida Bin Aidarus bawah pokok manggis kat Permatang Tengah. Tu belum cerita aku pi rumah dia pasai nak approach dia untuk mural ni. Baru nak intro diri dia dah cakap dulu saya tau rumah you. Mak you pon I kenai. Selalu tukaq duit syiling sama saya.

30 tahun jual roti kaya

Muniandi ni memang legend kat Balik Pulau. Sapa-sapa pon mesti kenai dia. Tak kira la apa jenis kaum hang pon. Dia dah serve 30 tahun juai roti kaya tu. Nampak loceng aku dok ketuk tu. Perghhhh mesti cam punya bunyi loceng tu. Dari kita kecik-kecik sampai dah beranak pinak. Dia masih kekal ngan macam tu. Kita semua ada kenangan ngan dia. La ni turn anak-anak kita pulak lalui zaman kita kecik-kecik dulu tu.

Apa yang aku kagum pasai uncle ni pasal pengorbanan dia pada keluarga dia. Anak-anak dia berjaya jadi doktor, peguam dan sorang lagi tengah belajaq lagi kalau tak salah aku dia amik chemical engineering ka apa. Gila weh salut. Boleh diangkat salah satu icon merdeka atau hari malaysia lah tahun ni.

Tahniah dan terima kasih pada team Balai Seni Negara Official Balik Pulau Festival dan tak lupa YB Muhammad Bakhtiar kerana beri kepercayaan penuh kepada kami artis-artis mural dan graffiti untuk menjayakan program ini.

Ok impian aku dah tercapai dapat naik moto dia siap ketuk loceng lagi. Hang ada?

Sumber: Acit Raman Abdullah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×