berita

Anak Azhar Sulaiman Wakil Malaysia Main Hoki Ais, Netizen Puji Hensem Andika Rees

March 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu pelakon Azhar Sulaiman mempunyai sepasang anak kembar iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.

Anak teruna wakil Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram (IG), Azhar memaklumkan Rees menjadi wakil Malaysia untuk pasukan hoki ais negara yang akan bertanding di Kyrgyzstan.

Dalam rakaman video berdurasi 38 saat itu, Azhar berkata Rees bermain di posisi ‘wingers’ atau pemain sayap.

Arkitek terkenal berumur 50 tahun itu sempat berseloroh dengan berkata dia merestui sekiranya anak lelakinya memilih wanita Kyrgyzstan sebagai suri hati.

All the best Rees, jaga diri baik-baik. Main betul-betul untuk Malaysia. Don’t get yourself injured. Stay safe. You know I don’t mind kalau you nak kahwin dengan orang sana.

Netizen puji hensem

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut bapa kepada tiga orang anak ini meninggalkan ucapan kepada Rees dan pasukan Malaysia.

Selain itu, ada juga segelintir peminat yang fokus kepada ketampanan anak lelaki tunggal Azhar yang berumur 20 tahun itu.

Sekadar info, Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin. Selain Rees dan Leona, Azhar mempunyai seorang lagi anak iaitu Kasih Leia Ixora, 24.

Sumber: Instagram @azharbsulaiman

SKIP THIS AD ×