Seorang guru dipercayai telah dirompak dan dibunuh ketika menunaikan solat Zohor kira-kira jam 1.30 petang di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri. Mangsa Fauziah Yop yang berusia 46 tahun itu ditemui dalam keadaan menelungkup dengan badan di atas katil dan kakinya ke bawah di dalam sebuah bilik.
Keadaan bilik berselerak
Menerusi laporan BH Online, mangsa di temui oleh anak perempuannya yang baru sahaja pulang dari sekolah bersama suami mangsa. Arwah guru wanita ini dipercayai dibunuh pada semalam iaitu 29 Oktober 2019.
Seorang peniaga kedai runcit, Muhd Shukri yang berada berdekatan rumah mangsa segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja terdengar jeritan pertolongan dari suami dan anak mangsa.
Sebaik tiba, saya lihat keadaan rumah berselerak dan ada laci yang terbuka. Ketika kami masuk ke dalam bilik, suami mangsa yang kami kenali sebagai Cikgu Hamzah sedang memangku mangsa sambil menangis. Keadaan dalam bilik itu juga berselerak seperti digeledah.
Suami mangsa keluar menjemput anak di sekolah
Peniaga lelaki itu meminta jirannya yang berdekatan untuk menghubungi pihak polis. Tambahnya lagi, dia tidak mendengar bunyi jeritan sebelum itu walaupun gerai ayam miliknya terletak berhampiran rumah mangsa.
Saya dan rakan ada nampak suami mangsa keluar menjemput anak di sekolah kira-kira jam jam 12.30 tengah hari. Arwah adalah pelanggan saya dan peramah orangnya, dia selalu datang ke gerai membeli ayam.
Dimaklumkan juga, laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Semoga keluarga arwah tabah dengan kehilangan ini.
Kegagalan arteri pada jantung
Terbaru, menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob melaporkan kejadian ini tidak membabitkan unsur jenayah. hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘Coronary Atherosclerosis’ atau kegagalan arteri pada jantung. Malah, tiada juga kecederaan lain pada tubuh mangsa.
Proses bedah siasat mendapati mangsa mengalami kegagalan arteri pada jantung dan tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Sumber: BH Online