berita

Anak Baru Tingkatan 1 Tapi Dah Hafal 27 Juzuk Al-Quran, Didikan Bapa Ini Perlu Dijadikan Contoh

January 12th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kebolehan seseorang untuk menghafal kesemua 30 juzuk Al-Quran merupakan satu anugerah luar biasa yang diberikan oleh Allah dan pastinya akan dicemburui oleh sesiapa sahaja. Keupayaan untuk menghafal kitab Allah ini sememangnya adalah impian semua orang namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Bagaimanapun, perkongsian seorang guru di laman Facebooknya ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat kita apabila seorang kanak-kanak yang baru berusia 13 tahun sudah berjaya menghafal hampir satu kitab Al-Quran. Malah apa yang lebih membanggakan, kanak-kanak lelaki itu sudah mula menghafal sejak dari usia 7 tahun. Kagumnya!

Hafal 27 juzuk

Ada satu cerita menarik aku nak kongsi sebagai motivasi kepada ibu bapa,kawan-kawan, adik-adik sekalian. Pelajar ini namanya Idham Rifqi, umur 13 tahun Tingkatan 1. Selesai pendaftaran masa hari first, ayahnya pesan, ‘ustaz, tengokkan anak saya ni lebih sikit ya, bagi sikit ustaz kalau dia malas-malas’. Sambungnya lagi ‘dia dah hafal 27 juzuk ustaz, kalau dia malas mengulang ustaz bagi sikit’.

Aku terkejut, kagum rasa dengan ayahnya. Bermula dari umur 7 tahun, Idham dah mula menghafal Al-Quran. Bukan senang tahu nak didik seawal usia 7 tahun, ketika inilah anak-anak sedang sibuk dengan dunia sendiri nak bermain.

Idham ni 5 beradik, dia anak yang keempat. Setakat ni dah 4 orang termasuk dia menghafal Al-Quran. Hanya dia seorang lelaki, kakak-kakaknya semua menghafal Al-Quran dari kecil. Boleh diiktiraf keluarga mithali macam ni.

Bermakna, dari darjah 1 sehingga darjah 6, Idham berjaya menghafal 27 juzuk. Wow, itu pencapaian yang menakjubkan. Aku waktu ni masih tergagap-gagap kot baca Al-Quran.

Al-Quran tidak membebankan

Al- Quran tak jadi beban pun sebenarnya pada Idham. Keputusan UPSR Idham 3A 2B 1C. Ni sambil menghafal Al-Quran sambil belajar akademik tau. Sepenuh masa pulak tu duduk di asrama dari darjah 1.

‘Tuan, share la sikit tips macam mana boleh anak-anak macam ni’, tanya aku pada ayahnya. ‘Ustaz, ada 2 benda yang saya tak pernah tinggal. Pertama, dari waktu kecil sehingga dewasa sekarang, saya tak pernah tinggal doa minta pada Allah berikan zuriat yang soleh. Kedua, saya keringkan hati korbankan anak saya untuk menghafal Al-Quran. Saya cuba tidak manjakan dia berlebihan bila berkaitan dengan pelajaran dan Al-Quran’.

Hari pertama minggu ni, dia baca kat aku dengan muka selamba sejuzuk (20 muka surat). Belum terlambat sebenarnya kita nak jadikan contoh didikan macam ni pada anak-anak, biar mereka ikut jejak langkah orang yang hebat-hebat.

Apa aku nak sampaikan ialah ibu bapa adalah guru yang paling utama ketika anak waktu kecil. Guru yang paling hebat ialah ibu bapa.

Sumber: Facebook Syukri Wafi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×