Anak bilionair yang dituduh menyerang seorang wanita yang ditemuinya melalui aplikasi temu janji di wilayah Nonthaburi, tengah Thailand, tampil menafikan dia telah menggigit kemaluan ketika melakukan hubungan intim.
Lebam langgar birai katil
Memetik laporan Thethaiger, Khittiphot yang berusia 22 tahun atau mesra dengan panggilan ‘Micky’ mengaku mendesak mangsa kerana ‘cemburu’ menyebabkan dia lebam teruk.
Cerita Micky, A (nama samaran) telah menjemputnya ke bilik kondo namun dia memberitahu tidak boleh pergi ke bilik itu tanpa kad kunci.
Dakwa Micky, kaki A lebam kerana terhantuk di tepi katil semasa melakukan hubungan seks.
Mengenai serangan semasa hubungan seks, saya tidak merogolnya. Dia mendapat lebam di kakinya akibat terkena di birai katil.
Badannya lebam kerana saya mendapat tahu dia mempunyai anak dengan bekas teman lelaki. Saya memberitahunya bahawa saya masih muda dan berasa cemburu, lalu terus memicit tangan dan kakinya.
Saya sudah bercakap dengan bapa saya dan bersedia untuk memberi kerjasama dengan polis.
Bagi seks, ia sadistic. Seks barat memang seperti ini. Saya tidak melakukan keterlaluan. Saya tidak menyerang dan memenjarakannya. Kami pergi ke kedai arak di Rangsit bersama-sama seperti pasangan biasa.
Mengenai serangan, jika beberapa perkara yang saya lakukan adalah salah maka saya akan mengakuinya. Tetapi bahagian di mana saya tidak salah, saya tidak akan mengakuinya.
Saya cuba menghubungi tetapi dia tidak menjawab. Saya ingin bertanya kenapa dia melakukan ini semua. Saya masih seorang pelajar yang akan memasuki tahun pertama. Ibu bapa saya memarahi saya.
Saya sudah menjelaskan kepada kedua ibu bapa bahawa saya cemburu tetapi tidak berniat untuk melakukan. Jika saya salah, saya akan mengaku.
Mengenai menggigit kemaluannya, saya tidak pernah melakukannya. Saya bersedia untuk membayar rawatannya dan ganti rugi untuk menyelesaikan masalah ini.
Semalam, A pergi ke Hospital Pranangklao untuk pemeriksaan kesihatan bagi memeriksa tanda-tanda serangan dan gangguan seksual.
A berkata bahawa dia takut Micky akan kembali dan menyakitinya. Dia telah memberitahu pengawal keselamatan di kondonya untuk melarang Micky masuk di kawasan kediaman itu.
Mangsa berkata, dia berharap Micky dikenakan tindakan undang-undang bagi mengelakkan lebih ramai wanita yang disakiti.
Sumber: Thethaiger